• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BMW Group Malaysia Perkenalkan Model X2 SAC

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – BMW Group Malaysia telah memperkenalkan model BMW X2, sebuah kenderaan kompak mewah dalam kategori ‘sport activity coupe’ (SAC), yang memiliki keseimbangan ideal antara kecekapan dan pemanduan kereta sport yang dinamik, termasuk kabin yang terbaik dalam kelasnya.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Harald Hoelzl, X2 ini didatangkan dalam dua varian termasuk BMW X2 s Drive 20i M Sport, edisi terhad sebanyak 100 kenderaan dan dijual pada harga RM320,800 (tidak termasuk insurans) yang mampu memberikan keseronokan pemanduan terunggul.

“Siri-siri BMW X telah lama mencipta kecemerlangan di Malaysia. Tahun lepas sahaja, kami menjual lebih 4,200 model BMW X atau 39.6 peratus daripada 10,618 kenderaan yang dijual BMW,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran BMW X2 di sini hari ini.

Model ini menjadi tambahan terbaharu ke dalam portfolio kereta mewah BMW dengan ciri-ciri SAC yang menampilkan rekaan bersifat urban, dinamik dan sporty, yang akan memberikan impak dalam kelasnya khususnya dalam barisan model BMW X.

BMW X2 yang kini dijual oleh pengedar-pengedar bertauliah BMW di seluruh negara, datang dalam tiga warna baharu iaitu galvanic gold metallic, misano blue metallic dan sunset orange metallic, kabin dalaman diserlahkan dengan warna hitam dan kelabu.

Kenderaan tersebut boleh dimiliki melalui program kewangan yang dinamik daripada Perkhidmatan Kewangan Kumpulan BMW Malaysia, yang merangkumi Program BMW Full Circle dengan ansuran bulanan bermula daripada RM4,498 dengan 20 peratus bayaran muka untuk tempoh empat tahun atau perbatuan sejauh 20,000 km setahun. – BERNAMA

Tags: BMW
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Hanya Uji Cuba 5 Kereta Mewah – Polis

08/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam,...

Kes Enjin Terbakar: Korea Selatan Denda BMW RM42 Juta

25/12/2018
0

HUKUM... Kerajaan Korea Selatan terpaksa mengenakan denda sebanyak 11.2 bilion won (kira-kira RM42 juta) terhadap syarikat pembuat kereta ternama Jerman,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd