• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Bendera & Sepanduk Di Tiang, Kabel Elektrik

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti-parti politik yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dinasihatkan tidak memasang bahan-bahan kempen seperti bendera atau sepanduk parti di tiang, kabel, peti pembekal, pencawang dan pepasangan elektrik lain dalam keghairahan mereka berkempen.

Ketua Pegawai Korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata perbuatan itu mengundang bahaya kerana risiko terkena renjatan elektrik selain mungkin menyebabkan gangguan bekalan elektrik jika percikan arka (flashover) berlaku.

“Aktiviti berbahaya ini juga menyalahi peruntukan Seksyen 37, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), iaitu merosakkan pepasangan elektrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga meminta kerjasama parti-parti politik supaya tidak meletakkan tiang bendera atau sebarang sepanduk berhampiran kabel atau pencawang elektrik.

“Walaupun tiang bendera yang digunakan diperbuat daripada buluh, ia tetap berisiko untuk terkena renjatan,” katanya.

Roslan turut mengingatkan orang ramai akan bahaya memegang atau membawa tiang bendera di bawah mana-mana pepasangan elektrik kerana ia boleh menarik arus elektrik, sekali gus menyebabkan renjatan elektrik kepada mereka yang berada berhampiran.

TNB, menurutnya, akan membuat pemantauan serta membuang bahan kempen yang diletakkan berhampiran pepasangannya jika berisiko tinggi kepada pengguna.

Orang ramai yang melihat sebarang keadaan yang boleh mengancam keselamatan atau menjejaskan bekalan elektrik, diminta merujuk Facebook TNB CareLine atau menghubungi TNB Careline di 15454 agar tindakan sewajarnya dapat diambil dengan segera. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: PRU14TNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd