• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Cuti 3,200 Polis Kontinjen Terengganu Dibeku

oleh AK-47
21/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Cuti kira-kira 3,200 anggota dan pegawai Polis Kontinjen Terengganu kini dibekukan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.

Beliau berkata cuti berkenaan dibekukan secara berperingkat mengikut perjawatan masing-masing dan cuti ehsan hanya akan diberikan mengikut situasi dan kes kecemasan seperti anak sakit atau kematian anggota keluarga.

“Setakat ini cuti anggota dan pegawai kita dah dibekukan tetapi tidak menyeluruh…kita hanya akan bekukan sepenuhnya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan hingga selesai pilihan raya dan penubuhan kerajaan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Terengganu di padang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Dalam kejohanan empat hari yang berakhir semalam, pasukan IPK Terengganu dinobatkan sebagai Johan selepas mengalahkan pasukan IPD Kuala Terengganu, 1-0.

Mengulas lanjut mengenai kawalan keselamatan bagi menghadapi PRU 14, beliau berkata seramai 1,500 anggota termasuk 300 anggota dan pegawai tambahan dari Bukit Aman akan ditempatkan di seluruh negeri sepanjang tempoh berkempen dan proses pengundian.

“Ini bagi memastikan keselamatan semua pihak terkawal, terutama di pusat mengundi,iaitu semasa tempoh berkempen agar tiada ketegangan berlaku semasa hari penamaan calon dan paling penting tiada kekecohan ketika proses pengundian,” katanya.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai beberapa kes rasuah melibatkan anggota polis dalam kontinjennya, Aidi berkata pihaknya tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawai yang didapati terlibat dalam jenayah tersebut.

Ini termasuk tidak sesekali akan campur tangan dalam apa jua siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anggotanya yang menghadapi tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. – BERNAMA

Tags: Datuk Aidi IsmailPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd