• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sentuhan ‘Luar Biasa’ Khas Untuk Peminat Ismail Izzani

oleh Ahmad Albab
20/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi remaja Ismail Izzani yang membuat pembaharuan dalam penampilannya dalam single terbaharunya ‘Luar Biasa’ terkejut apabila lagu genre pop dan ‘electronic dance music’ (EDM) itu menjadi ‘trending’ di laman sosial YouTube.

Video muzik itu yang turut menampilkan bekas anggota Sleeq, Alif yang juga komposer lagu yang dihasilkan bersama dengan Ismail, mencatat lebih 1.4 juta tonton, sejak dimuat naik Khamis lepas.

Menyentuh klip video yang memaparkan persembahan nyanyian dan tariannya yang kini di tangga kedua paling ‘trending’ di YouTube Malaysia, Ismail yang menyatakan rasa terkejut dengan sambutan itu, berkata, ini kerana “pada mula-mulanya saya agak takut untuk keluarkan lagu ini kerana video itu turut memuatkan video saya menari.

“Namun pada hari pertama sahaja lagu ini dimuat baik di YouTube, ia telah menerima 400,000 tontonan,, dan ini sangat luar biasa bagi saya,” katanya kepada Bernama.

Ismail, 18, atau lebih dikenali sebagai Mael berkata video lagu dan tariannya itu turut mendapat komen positif daripada kira-kira 11,000 peminatnya yang menyamakan video itu setanding dengan muzik dan tarian rancak artis K-Pop.

“Bagi Mael, menyanyi sambil menari itu satu cabaran baharu untuk diri ini kerana sebelum ini Mael lebih kepada nyanyian berbanding tarian,” katanya yang mengambil masa seminggu untuk berlatih menari dengan koreografer Aus daripada Nasty Rock Crews.

Ismail berkata lagu itu dihasilkannya khas untuk menghargai peminatnya, dan lirik lagu itu adalah luahan hatinya untuk peminat yang disayanginya.

Beliau turut menyuarakan untuk meneruskan kerjasama dengan Alif bagi penghasilan lebih banyak lagu dengan genre rancak seperti lagu ‘Luar Biasa’ itu.

“Mael akan ‘stay for a quiet long time’ dalam genre lagu pop dan rancak seperti ini dan inilah yang Mael ingin kongsikan dengan industri muzik buat masa ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ismail izzani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ismail Izzani Cabar Video Lucahnya Dikongsikan

19/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Ismail Izzani mencabar pihak yang mendakwa mempunyai video lucah miripnya untuk tampil dan berkongsi klip video...

Ismail Izzani Tujukan ‘Bidadari’ Buat Suliza Salam

30/10/2018
0

PENYANYI Ismail Izzani memberitahu lagu terbaharunya berjudul Bidadari ditujukan khas buat ibunya yang juga penyanyi zaman 1980-an iaitu Datin Suliza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd