• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkeso Beri Bantuan Interim 3 Individu Hilang Kerja

oleh AK-47
19/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Tiga individu tempatan yang diberhentikan kerja oleh majikan masing-masing di sini, menerima bantuan RM600 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selama tiga bulan.

Ketua Pejabat Perkeso Tawau, Mariam Hassan berkata perkara itu merupakan manfaat daripada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dikuatkuasakan Perkeso sejak awal tahun ini.

Katanya, SIP dilaksanakan sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

“Diharap pekerja dan majikan memahami manfaat SIP kepada kedua-dua pihak. “Kadar caruman SIP sebulan bagi pekerja yang bergaji 1,000 ke bawah hanya RM1.90 bagi majikan dan RM1.90 juga kepada pekerja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis jelajah taklimat Perkesoa di sini, hari ini.

Katanya SIP merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh 1 Jan 2018 sehingga 31 Dis 2018.

“Kelayakan untuk mendapatkan bantuan interim itu adalah bergantung kepada syarat kelayakan dan penyertaan secara aktif dalam aktiviti pencarian kerja untuk kembali bekerja,” kata Mariam lagi.

Sementara itu, penerima manfaat SIP, Faridah Jais, 36, bersyukur mendapat bantuan interim daripada Perkeso selepas permohonannya diluluskan.

“Selepas saya diberhentikan kerja, saya mengetahui berkenaan faedah yang boleh diperoleh dari Perkeso, saya terus ke Pejabat Perkeso dan bertanyakan faedah tersebut dan syukur urusan dipermudahkan apabila diberikan borang, serta permohonan pun diluluskan,” katanya yang diberhentikan kerja oleh syarikat lama kerana mahu mengurangkan tenaga kerja.

Dalam pada itu, Abdul Sah Mbil, 43, turut bersyukur menerima bantuan daripada Perkeso kerana dapat mengurangkan beban perbelanjaan sementara mencari pekerjaan baharu. – BERNAMA

Tags: Perkeso
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd