• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrizat Tolak Pelawaan Tanding Parlimen Sg. Besar

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan tidak akan bertanding sebagai calon di Parlimen Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat terdapat tokoh tempatan yang berpotensi diketengahkan sebagai calon di kawasan Parlimen itu.

Katanya, bagaimanapun beliau amat menghargai pelawaan yang dibuat Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sebelum ini berhubung perkara berkenaan.

“Saya telah buat keputusan dan berbincang panjang dengan Datuk Seri Jamal dan jawatankuasa di peringkat bahagian. Mereka pun sudah terima keputusan saya, bahawa saya tidak akan turun ke Sungai Besar.

“Selaku ketua wanita, saya tidak boleh pentingkan diri kerana semasa turun padang di sana, saya lihat masih ramai calon tempatan yang boleh diketengahkan untuk mewakili parti,” katanya dalam sidang media selepas hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Wanita dan Puteri Barisan Nasiona (BN) Perak di Kediaman Menteri Besar Perak, di sini, hari ini.

Pada 10 Februari lepas, akhbar tempatan melaporkan Jamal menerusi UMNO Bahagian Sungai Besar sedia memberi laluan kepada Shahrizat bertanding di Parlimen Sungai Besar jika bekas Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu diberi mandat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Shahrizat berkata, beliau akan terus memberikan sokongan kepada mana-mana calon parti yang diberi mandat untuk mewakili Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan sepertimana pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, sebelum ini.

“Sokongan dan komitmen 100 peratus akan saya berikan pada calon di Sungai Besar nanti kerana Parlimen berkenaan begitu dekat dihati saya,” katanya.

Mengulas kesediaan untuk dicalonkan semula mewakili UMNO pada PRU14, Shahrizat berkata, beliau hanya menyerahkan perkara itu kepada presiden parti untuk diputuskan.

“Terpulang kepada presiden kerana hanya beliau yang akan membuat keputusan berkenaan perkara ini,” katanya. — BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Najib Bebas Penjara Minggu Depan?

Apakah Najib Bebas Penjara Minggu Depan?

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR — Dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak bakal dibebaskan dari penjara minggu depan atau bulan...

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd