• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafizh Syahrin Sedia Untuk MotoGP Pertama

oleh AK-47
18/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah menunjukkan prestasi luar biasa semasa sesi kelayakan MotoGP Dunia 2018 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada Sabtu walaupun ia menjadi cabaran kelas perdana pertamanya.

Muka baharu dalam MotoGP itu yang beraksi untuk pasukan Monster Yamaha Tech3, mencatatkan masa sepusingan terpantas 1 minit 55.258 saat untuk memulakan perlumbaan pertamanya dari petak kelima.

“Saya berasa sangat baik hari ini. Saya rasa saya boleh melakukan dengan lebih baik. Bagaimanapun, berada di kedudukan ke-15 untuk memulakan perlumbaan MotoGP pertama sudah bagus untuk saya.

“Selain itu, saya juga gembira dengan usaha hebat daripada pasukan, kini saya tumpu sepenuhnya pada perlumbaan dan berharap tidak melakukan kesilapan semasa (perlumbaan) 22 pusingan,” katanya dipetik dalam laman web rasmi pasukan.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Johann Zarco dari France meraih petak pertama selepas merekodkan masa sepusingan terpantas 1:53.680s.

Dalam kelas Moto2, Khairul Idham Pawi dari Idemitsu Honda Team Asia mendapat tempat ke-25 dengan catatan masa 2:02.433s semasa kelayakan, manakala pendatang baharu Moto2 dari Malaysia, Zulfahmi Khairuddin dari SIC Racing Team menamatkan perlumbaan dengan masa terbaiknya 2:04.780s.

Pelumba Malaysia Adam Norrodin dari Petronas Sprinta Racing menduduki tangga ke-17 masa sepusingan terpantas 2:07.758s dalam kelas Moto3 dan akan memulakan perlumbaan pembuka musim dari petak keenam.

Rakan sepasukannya Ayumu Sasaki dari Jepun akan bermula dari barisan kedua selepas mencatatkan masa sepusingan terpantas 2:07.043s semasa sesi kelayakan.

Perlumbaan Moto3 dan Moto2 di Litar Antarabangsa Losail akan bermula masing-masing pada 9 malam dan 10.20 malam manakala kelas MotoGP akan bermula tengah malam (waktu Malaysia). – BERNAMA

Tags: Hafizh SyahrinMotoGPSukan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

11/11/2023
0

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd