• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersyukur, Balas Budi Terus Sokong Kerajaan

oleh AK-47
15/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengajak seluruh rakyat untuk bersyukur dan membalas budi dengan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana hanya kerajaan Persekutuan melalui BN yang mampu membela nasib rakyat dan memberikan limpahan pembangunan selama ini.

“Tidak lama lagi raya besar nak tiba dan ketika itulah tibanya musim buah. Apabila tibanya musim buah ini ketika itu jugalah datangnya kelawar dan keluang (pembangkang) yang cuba ambil buah yang ditanam oleh orang lain.

Bila sampai hari besar nanti, saya minta orang Kulim tolak mereka (pembangkang) dan beri sokongan kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengikut musim,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Hidup Tanpa Dadah Kulim-Bandar Baharu di Masjid di Saidina Abu Bakar di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Ahmad Zahid berkata rakyat perlu menyedari pembangkang hanya datang bermusim dan tidak seperti kerajaan yang sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat pada setiap masa.

“Mereka ini patut ditolak kerana datangnya mereka ini bermusim..ada juga yang datang lima tahun sekali untuk mencuba nasib,” katanya.

Beliau berkata dalam Islam juga menyeru kerpada perpaduan agar rakyat bersatu padu dan menolak fahaman politik sempit.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN itu berkata setiap peruntukan yang disalurkan kepada rakyat selama ini adalah merupakan amanah dan bukannya dedak seperti dakwaan pembangkang.

“Bila diberi amanah kita kena serah kepada orang bawah dan orang bawah itu boleh salurkan kepada rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd