• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN, NGO Perlu Segera Daftar Kanak-Kanak Belum Daftar

oleh AK-47
15/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasama untuk mempercepatkan proses pendaftaran anak-anak yang belum didaftarkan untuk dokumen pengenalan diri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata anak-anak ini tidak seharusnya menjadi mangsa atas tindakan ibu bapa yang tidak mendaftarkan anak-anak mereka atas masalah yang dihadapi seperti berkahwin di luar negara dan tidak didaftarkan di negara ini.

“Perkahwinan itu sah tetapi didaftarkan di luar negara dan pendaftaran itu tidak disahkan semula untuk didaftarkan dalam negara kerana ada kekhuatiran perkahwinan ini dihidu oleh orang yang tidak mengizinkan perkahwinan itu. Kemudian, anak-anak jadi mangsa.

“Jangan salahkan JPN. Anak-anak ini bersih, yang mencorakkan warnanya ialah ibu bapanya. JPN akan melakukan tindakan yang adil untuk anak-anak yang dimangsakan ini supaya atas nama kemanusiaan mereka layak untuk dapat pendidikan di sekolah, dapatkan dokumen (pengenalan diri) yang sah,” katanya berucap pada Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau telah memberikan kuasa kepada pengarah JPN negeri untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam usaha mempercepatkan proses pendaftaran anak-anak itu.

Beliau berkata mengikut rekod terdapat kira-kira 2,417 kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Ahmad Zahid berkata transformasi yang dilakukan oleh JPN dalam pengeluaran kad pengenalan dalam masa yang singkat adalah yang terbaik dan mendapat pengiktirafan dunia.

Beliau berkata pelbagai transformasi dan penambahbaikan perkhidmatan dilakukan setiap tahun bagi menjamin aspek dan ciri-ciri keselamatan dan maklumat peribadi.

“Elemen menaik taraf ini dilakukan setiap tahun atau dalam tempoh tertentu. Ia bagi mengelakkan peniruan atau penipuan kad pengenalan. Kita tidak berkompromi dari segi mutu dan elemen keselamatan kad pengenalan berkenaan.

“Tahniah kepada JPN bahawa kalau dulunya permohonan kad pengenalan terpaksa mengambil tempoh berbulan, kemudian dipendekkan kepada sebulan, dipendekkan lagi kepada lima hari. Daripada 231 pejabat JPN di seluruh negara, 56 pejabat JPN mempunyai mesin cetak kad pengenalannya sendiri dan keberhasilannya kad pengenalan dapat disiapkan dalam tempoh 45 minit,” katanya.

Pada majlis itu Ahmad Zahid turut melancarkan Mobile Ehsan Sub Hub yang boleh menyiapkan kad pengenalan dalam tempoh 45 minit dan menyerahkan MyKid, MyKad dan sijil kelahiran kepada 50 individu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiJPNNGO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melahirkan rasa kesal apabila kes melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd