• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairul Fahmi Idam Posisi Utama Skuad Kebangsaan

oleh AK-47
15/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bakal berdepan saingan sengit bagi mendapatkan posisi selaku penjaga gol utama skuad kebangsaan selepas beliau dipanggil semula bagi menyertai pasukan negara dalam perlawanan persahabatan 22 Mac ini, dan aksi terakhir Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lubnan di Beirut, 27 Mac ini.

Khairul Fahmi berkata walaupun beliau penjaga gol paling senior dipanggil ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe, namun iaa bukan laluan mudah untuk beliau berada dalam kesebelasan utama bagi mengisi posisi berkenaan.

“Saya akan bersaing dengan Haziq Nadzli (penjaga gol Johor Darul Ta’zim) dan Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (penjaga gol Perak) bagi posisi tersebut pada dua perlawanan yang bakal dilalui pasukan negara,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kali terakhir pemain berusia 29 tahun itu menyarung jersi kebangsaan adalah pada Kejohanan Piala AFF Suzuki di Filipina, dua tahun lalu.

Khairul Fahmi juga bersyukur kerana kembali diberi peluang menyarung jersi kebangsaan kerana dalam saingan Liga Malaysia musim ini mempunyai ramai penjag gol berkualiti.

“Mungkin ini rezeki keluarga dan anak saya. Saya berterima kasih kepada ketua jurulatih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyumbang khidmat kepada negara pada dua perlawanan tersebut,” katanya.

Khairul Fahmi berkata dalam tempoh yang ada, beliau akan bekerja keras bagi membalas kepercayaan diberikan itu dalam latihan bersama pasukan Kelantan mahupun latihan pusat skuad kebangsaan nanti.

Mengulas pertemuan Kelantan menentang PKNS FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini, beliau mahu rakan sepasukannya menampilkan prestasi terbaik bagi menewaskan pasukan lawan itu.

“Dalam saingan Piala FA musim ini, saya harap kami boleh melangkah ke peringkat seterusnya bagi mengembalikan kecemerlangan bola sepak Kelantan,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Zahir Ucapan Selamat Hari Ibu

Tunku Mahkota Ismail Zahir Ucapan Selamat Hari Ibu

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu menerusi satu hantaran di media sosial...

Agong, Raja Permaisuri Agong Ucap Selamat Hari Ibu

Agong, Raja Permaisuri Agong Ucap Selamat Hari Ibu

10/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd