• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembuli OKU Disahkan Mengambil Najis Dadah

oleh
14/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEPATAH Inggeris ada mengatakan “You Are What Are You Eat”. Tidak hairan kalau penagih dadah boleh melakukan apa sahaja perkara luar biasa yang menjangkaui pemikiran manusia kerana najis itu sendiri membawa malang kepada siapa yang mengambilnya.

Berhubung kejadian buli dan curi membabitkan seorang remaja orang kurang upaya (OKU) dalam kejadian di padang permainan Taman Sri Kluang, dipercayai dua orang suspek berkenaan disahkan positif dadah.

Lapor Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, didapati dua orang suspek berkenaan mengambil dadah jenis methamphetamine hasil daripada ujian yang dijalankan ke atas mereka.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek berusia 18 tahun itu positif dadah dan polis turut menyiasat mereka mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

“Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta perintah pengawasan polis selama dua tahun,” katanya pada akhbar tempatan hari ini.

Terdahulu, polis menahan dua suspek berkenaan kerana membuli dan mencuri telefon pintar serta beg sandang milik seorang remaja OKU di padang permainan Taman Sri Kluang, tengah malam tadi.

Video berdurasi 32 saat mengenai kejadian buli berkenaan viral di media sosial antara lain menunjukkan seorang daripada suspek membuli remaja OKU berkenaan menggunakan sebatang kayu di taman permainan berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan individu yang tidak dikenali.

Ibu bapa juga perlu sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan anak-anak mereka agar tidak terlibat dengan jenayah dan buli yang membawa keruntuhan akhlak dan kerosakan moral. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: OKUSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd