• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Spekulasi Kes Remaja Maut Ketika Bercuti

oleh AK-47
15/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Orang ramai khususnya pengguna media sosial dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menokok tambah berita kematian seorang remaja perempuan yang meninggal dunia ketika bercuti ke negeri ini pada 10 Mac lepas seperti yang tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sun Teoh Tia berkata orang ramai sebaliknya perlu menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terperinci terhadap kes tersebut dan tidak mengganggu siasatan yang dijalankan.

Mengulas mengenai kes tersebut, beliau berkata pihaknya menerima laporan kes itu pada kira-kira 3.15 pagi hari kejadian iaitu 10 Mac lepas dan laporan berkenaan dibuat anggota polis yang bertugas di Balai Polis Pulau Sebang di sini.

“Mangsa yang berasal dari Johor datang ke negeri ini bersama keluarga untuk bercuti dan dilaporkan dimasukkan ke Hospital Tampin pada 10 Mac lepas kerana mengalami kecederaan.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kita sedang menjalankan siasatan lanjut daripada pelbagai sudut serta menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan pakaian seragam Kor-Kadet Polis di sini hari ini..

Sehubungan itu, Sun menasihatkan orang ramai yang berkunjung ke mana-mana destinasi untuk bercuti agar lebih mengutamakan aspek keselamatan bagi mengelak sebarang kecelakaan atau kemalangan.

Pada majlis itu, sebanyak 500 pasang pakaian seragam Kor-Kadet Polis bernilai RM50,000 diserahkan kepada 20 sekolah menengah di seluruh negeri oleh Lions Club Melaka yang turut dihadiri Presidennya Margaret Heng.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan Sun berkata tiga anggota polis bantuan sebuah syarikat di Selangor ditahan semalam kerana disyaki memukul seorang pengamal perubatan tradisional di Pulau Besar di sini pada 27 Feb lepas.

Beliau berkata suspek berumur lingkungan 20an hingga 30an itu ditahan di sekitar Selangor antara pukul 3 petang hingga 4 petang semalam.

“Polis sedang mengesan 10 lagi lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di pulau berkenaan dipukul sekumpulan lelaki dipercayai akibat perselisihan faham melibatkan masalah peribadi kira-kira 11.30 malam hari berkenaan,” katanya.

Sun berkata mangsa dipukul dengan kayu oleh kumpulan lelaki terbabit namun hanya mengalami cedera ringan dan tiga anggota polis bantuan berkenaan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

22/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan barisan artis antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kejuaraan ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd