• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Jangan Cuba Cetus Provokasi Pada PRU

oleh Ahmad Albab
13/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Penyokong parti politik diingatkan supaya tidak mencetuskan kontroversi ketika berkempen pada pilihan raya umum ke-14 bagi memastikan tiada insiden buruk berlaku sepanjang tempoh berkempen, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata pemimpin parti politik berkenaan perlu memastikan penyokong mereka tidak berbuat demikian dan kesemua mereka, termasuk calon bertanding, dikehendaki mematuhi Akta Pilihan Raya serta undang-undang berkaitan.

“Memang kita mengamalkan pendekatan mesra namun apabila ada pihak yang mahu menggugat keamanan dan keselamatan, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas. Untuk itu, (pemimpin parti) sentiasa kena maklumkan kepada penyokong mereka agar patuhi undang-undang,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling yang baharu di sini hari ini, beliau berkata 5,094 anggota dan pegawai polis di seluruh Kedah kini berada dalam keadaan siap siaga untuk bertugas pada PRU14.

Noor Rashid berkata secara teknikal kesemua anggotanya di seluruh negara sudah pun menjalani latihan khusus bagi tujuan itu yang bermula daripada pembubaran Parlimen, penamaan calon dan pengumuman keputusan.

Dalam perkembangan lain, Noor Rashid mahu pengwujudan balai polis dan IPD menjadi pusat komuniti bagi masyarakat setempat dalam usaha mengatasi masalah jenayah termasuk penyalahgunaan dadah dapat dilakukan dengan lebih efektif.

“Kolaborasi antara polis dan masyarakat perlu diterapkan di mana kita kita tidak mahu infrastruktur polis ini hanya dipandang sebagai penegak undang-undang sahaja. Kita mahu beri ruang kepada masyarakat untuk datang ke sini dan memberi cadangan atau komen,” katanya.

Turut hadir Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kasim dan Ketua Polis Daerah Baling Supt Sharifuddin Yusof. – BERNAMA

Tags: PRU14Tan Sri Noor Rashid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd