• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Cina Usah Tertipu Janji Pembangkang

oleh Ahmad Albab
12/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi Cina agar tidak terpedaya dengan janji-janji pembangkang, sebaliknya membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Ahmad Zahid berkata pengundi Cina jangan terjebak dengan janji pembangkang pada pilihan raya umum akan datang disebabkan sehingga kini parti pembangkang masih gagal melaksanakan janji mereka sebelum ini.

“Cukuplah, pengundi Cina jangan terjebak lagi dengan janji-janji diberikan pembangkang, tengoklah janji mereka semula, cakap nak bagi air free (percuma) tapi tak dapat pun, cakap harga air tidak naik tapi naik juga, di Selangor sampai ada yang tidak mandi kerana krisis ketiadaan bekalan air.

“Jadi, berilah peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk membuktikan kemampuan mereka untuk membantu masyarakat Cina dan saya yakin masyarakat Cina sudah mula berubah,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan lesen pendudukan sementara (TOL) bagi penduduk Kampung Bagan Pasir Laut di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pengerusi MCA Perak Datuk Dr Mah Hang Soon.

Ahmad Zahid berkata hasil turun padang di beberapa kawasan penempatan Cina di seluruh negara serta perjumpaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) Cina, persatuan perniagaan Cina, persatuan korporat Cina, beliau dimaklumkan bahawa mereka tidak mahu lagi tertipu dengan pembangkang pada pilihan raya umum nanti.

“Mereka kata kami sudah ditipu dua kali (iaitu) pada PRU12 dan PRU13. Mereka bagi tahu saya kali ini orang Cina tidak mahu ditipu sekali lagi, mereka mesti dapat peluang pekerjaan, pendidikan dan keselamatan.

“Dari segi keselamatan saya jaga, pendidikan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid (jaga), perniagaan perdana menteri jaga.

“Perdana menteri sentiasa ambil berat mengenai perkara ini dan meminta saya dan Mahdzir untuk menjaga kepentingan semua kaum,” katanya.

Mengenai pendudukan sementara itu, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata kerajaan negeri telah meluluskan pengambilan tanah melibatkan kawasan seluas 14.7 hektar milik syarikat Ghadaf Marble Sdn Bhd pada Februari 2018.

Katanya, pengambilan tanah itu melibatkan 214 rumah di Kampung Bagan Pasir di sini serta empat pelantar.

“Berdasarkan permohonan tersebut, kelulusan TOL adalah membabitkan 135 rumah serta satu pelantar. Saya sudah bagi tahu Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kewangan untuk meluluskan semuanya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiKaum Cina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd