• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikon Usahawan Disaran Jadi Mentor Usahawan Baharu

oleh AK-47
10/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ikon usahawan yang telah berjaya mencipta nama di negara ini diminta menjadi mentor kepada usahawan muda bagi membantu merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan ‘satu usahawan dalam satu keluarga’ menjelang tahun 2050.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada masa yang sama, usahawan baharu juga perlu berani untuk keluar daripada kaedah perniagaan konvensional dan menceburi bidang-bidang baharu seiring dengan Revolusi Industri 4.0.

“Dua atau tiga dekad akan datang, dunia akan terus berubah, (konsep) perniagaan juga akan terus berubah,” katanya ketika merasmikan majlis penyampaian Anugerah Usahawan Kebangsaan Cemerlang (ONE) di sini, malam ini.

Beliau berkata suntikan motivasi daripada usahawan-usahawan yang telah berjaya, terutamanya yang mempunyai ramai pengikut mampu menguatkan semangat golongan muda yang berminat dengan keusahawanan menceburi bidang itu.

“Kerajaan juga menyediakan banyak peluang dan bantuan melalui infrastruktur dan inisiatif untuk lebih ramai menceburi bidang keusahawan. Selaras dengan hasrat Tranformasi Nasional 2050 (TN50), kita juga meletakkan tanda aras baharu untuk jadi negara maju yang penuh dengan usahawan,” katanya.

Anugerah ONE yang julung kali diadakan itu bertujuan mengiktiraf usahawan yang mencapai kejayaan cemerlang dan dalam masa yang sama menyokong kelahiran lebih ramai usahawan yang berjaya dan inovatif.

Seramai 80 usahawan menerima anugerah termasuk tiga penerima anugerah khas iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy Berhad, Tan Sri Shahril Shamsuddin, Pengerusi Hard Rock Malaysia, Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir dan angkasawan negara yang juga pengasas Aladdin Group, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Selain itu, anugerah lain disampaikan ialah Anugerah Usahawan Industri Kecil dan Sederhana, Anugerah Usahawan Online, Anugerah Usahawan Hartanah, Anugerah Usahawan Perkhidmatan Kewangan, Anugerah Usahawan Wanita, Anugerah Kemahiran Istimewa dan Anugerah Usahawan Bumiputera. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga terhadap komitmen luar biasa...

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

28/06/2026
0

SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama seluruh saf kepimpinan UMNO Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd