• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Guru Agama, Pengusaha Herba Didenda

oleh Ahmad Albab
11/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang bekas guru sekolah agama dan seorang pengusaha herba, masing-masing RM2,000 atas pertuduhan membuat komunikasi palsu pada laman Facebook tahun lalu.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu ke atas Roslan Ahmad, 54, dan Maizarah Abu Bakar, 54, selaku orang kena saman (OKS) yang dibacakan secara berasingan selepas mereka mengaku bersalah membuat komunikasi palsu berhubung laporan kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing yang dibawa masuk dari Sepanyol.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Roslan dan Maizarah masing-masing didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Facebook akaun profil ‘Roslan Ahmad’ dan ‘Maizarah Abu Bakar’, telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 11.58 malam dan 3.18 petang, 19 Julai 2017.

Kedua-dua pautan itu dibaca di restoran Starbucks Aeon Alpha Angle, Bandar Baru Wangsa Maju, di sini pada 10 pagi, 1 Ogos 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum menerusi Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Ketika rayuan, Roslan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda minima kerana dia kini kurang upaya setelah mengalami kemalangan jalan raya dua bulan lalu dan tidak mempunyai pendapatan tetap selain perlu menyara empat anak.

Maizarah yang juga tidak diwakili peguam dan mempunyai tujuh anak itu sambil menangis teresak-esak memohon hukuman ringan dan berkata dia tidak mengetahui berita yang dikongsi pada laman Facebook miliknya itu adalah palsu dan berjanji untuk lebih berhati-hati berkongsi apa jua perkara selepas ini.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Norhani Mohd Adzhar memohon hukuman denda setimpal sekurang-kurangnya RM5,000 dikenakan kepada kedua-dua tertuduh, mengambil kira tindakan yang dilakukan adalah serius dan melibatkan isu yang sensitif kepada umat Islam.

“Dalam kes ini ia melibatkan sesuatu yang palsu, kebanyakan negara mengatakan berita palsu adalah satu ancaman kepada negara dan mereka memohon undang-undang lebih ketat dikenakan. Kita (Malaysia) juga ke arah itu (memohon hukuman ketat),” katanya yang memberitahu terdapat penafian berhubung berita palsu itu dalam media arus perdana, namun ia terus disebarkan menyebabkan pihak SKMM terpaksa mengambil tindakan.

Mengikut fakta kes, pada 1 Ogos tahun lalu, seorang lelaki telah membaca status yang dimuat naik kedua-dua OKS dan hasil siasatan mendapati akaun itu milik mereka, serta keterangan daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantum dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesahkan bahawa status yang menjadi tular itu adalah komunikasi palsu.

Pada Julai tahun lalu, MAQIS menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing yang dibawa masuk dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Baharu. dan kes itu kemudian menjadi tular dalam laman sosial. – BERNAMA

Tags: didendakomen palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd