• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

70 Sertai Asian Women’s Force Ride 2018

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 70 penunggang wanita dari negara Asia termasuk Malaysia hari ini menyertai konvoi bermotosikal Asian Women’s Force Ride 2018 bersempena dengan semangat Tahun Memperkasa Wanita 2018 dan Hari Wanita Sedunia, yang disambut semalam.

Acara pelepasan konvoi dari perkarangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Presint 4 di sini, disempurnakan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Suriani Ahmad.

Peserta konvoi dari Brunei, Thailand, Singapura, Indonesia dan Bangladesh merupakan anggota Women’s International Motorcycle Association (WIMA).

Dalam ucapan perasmiannya, Suriani berkata program julung kali itu menonjolkan sifat keberanian dan kegigihan wanita menunggang motosikal pelbagai kuasa di samping memberi sokongan dan inspirasi kepada kaum wanita di luar sana.

“Saya berharap agar pasukan konvoi selamat dalam perjalanan sehingga sampai ke destinasi serta mematuhi undang-undang ketika berada di jalan raya. Saya berharap agar lebih ramai wanita tampil menganjurkan pelbagai program yang boleh memperkasa wanita sekali gus membuka peluang penjanaan ekonomi kepada wanita,” katanya.

Sebagai simbolik perasmian, Suriani turut menunggang motosikal berkuasa tinggi di perkarangan kementerian.

Sementara itu, Presiden WIMA Nor Zaidah Saidin berkata konvoi selama tiga hari bermula hari ini itu melibatkan 87 motosikal berkuasa 150 cc hingga 1,800 cc termasuk masing-masing lapan pegawai pengiring polis wanita dan lelaki.

Destinasi pertama konvoi terbabit adalah di Sungai Petani (Kedah), diikuti Batu Gajah, Teluk Intan dan Sungai Perak (Perak), katanya.

“Pasukan konvoi ini akan menuju ke Pantai Merdeka, Kuala Muda dan kemudian menuju ke Sungai Petani untuk acara Sungai Petani Bike Week kali ke-5. Mereka juga akan melawat Menara Condong di Teluk Intan dan Kellie’s Castle di Batu Gajah, yang mana secara tidak langsung merupakan satu platform mempromosikan keindahan dan keharmonian negara,” katanya.

Nor Zaidah, 58, yang merupakan bekas anggota polis trafik, berkata kebanyakan penunggang wanita itu mempunyai pengalaman selama 30 hingga 40 tahun, dan mereka telah diberikan latihan serta penerangan tentang teknik keselamatan ketika menunggang.

“Cabaran kita yang pertama adalah hujan tetapi semua ada bawa baju hujan dan cabaran kedua sudah semestinya motosikal akan mengalami kerosakan tapi kita dah berusaha supaya tiada masalah,” katanya yang turut menyertai konvoi itu. – BERNAMA

Tags: Wanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd