• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Seorang Lelaki Pun Boleh Masuk Ke Pulau Ini

oleh AK-47
08/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPENA sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini, sebuah syarikat percutian mewah telah mengumumkan mereka bakal mewujudkan pulau peranginan khas buat pelancong perempuan sahaja.

Usahawan Kristina Roth mencipta SuperShe Island yang merupakan pusat perlancongan tertutup dan terletak di tepi pantai di Finland, di mana kaum lelaki tidak dibenarkan untuk masuk.

Kata Roth, tujuan dia meletakkan syarat tersebut adalah kerana dia mahu menyediakan lokasi percutian bagi wanita yang bebas daripada tekanan masyarakat dan untuk menikmati “aura positif” semulajadi kaum Hawa.

“Peribadi kita tercipta daripada golongan yang berada di sekitar kita. Jadi dalam falsafah saya, jika kita sentiasa dekat dengan wanita-wanita hebat—maka kita juga akan mendapat pengaruh positif dalam kehidupan kita,” kata Roth kepada CNN Travel.

Pulau berkenaan hanya menerima 1o wanita setiap kunjungan yang akan ditempatkan di dalam 4 buah kabin mewah yang menawarkan aktiviti sihat dan eluang untuk mengeratkan hubungan sesama wanita.

Roth membeli pulau itu selepas jatuh cinta terhadap kecantikan kepulauan di negara itu.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk menikmati percutian di Pulau SuperShe itu.

Ini kerana, Roth akan memilih sendiri pengunjungnya melalui proses saringan dalam laman web pulau tersebut.

Jadi apakah kriteria yang menjadi pilihan utama Roth?

“Yang paling penting adalah wanita itu haruslah mempunyai personaliti yang menarik — cool, ceria dan tahu bagaimana untuk menggembirakan suasana.

Apabila anda bercuti di pulau, takkan nak sedih-sedih pula, kan,” kata Roth lagi.

Pulau itu dijadualkan bakal dibuka pada bulan Jun tahun ini sempena musim panas di Eropah.

Bagaimanapun, harga pakej penginapan di Pulau SuperShe itu masih belum dinyatakan, walaupun ramai yang meramalkan harganya agak mahal kerana nilai eksklusivitinya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: feminismepercutianpulauWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd