• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Lelaki Amuk ‘Belasah’ Isteri Guna Parang

oleh
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN video memaparkan aksi lelaki bertindak kasar terhadap seorang wanita dipercayai isterinya menjadi tular menerusi media sosial hari ini.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Perindustrian, Klang, Selangor itu memaparkan wanita tersebut dikasari dengan teruk malah ditumbuk secara bertubi-tubi oleh lelaki tersebut.

Menerusi klip video tersebut, kemudian muncul seorang lelaki lain yang dipercayai rakan kepada suspek sambil memegang sebilah parang dan membuka pintu kereta.

Wanita berkenaan pada awalnya cuba melawan namun suspek bertindak kasar dengan menarik rambut dan memukul mangsa menggunakan sebilah parang.

“Tolong…. Tolong….,” jerit mangsa yang didapati dalam kesakitan itu.

Selepas itu, mangsa yang terbaring di atas jalan tar kemudiannya ditarik dan diseret masuk ke kereta oleh suspek dengan bantuan rakannya tadi.

Tidak lama kemudian, mereka beredar daripada tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Satria yang berwarna biru dan bernombor pendaftaran BFV 8384.

Memetik sumber, difahamkan punca kejadian berkenaan adalah berikutan salah faham yang berlaku antara pasangan suami dan isteri tersebut.

Malah, sumber berkata lagi laporan berhubung kes itu telah dibuat oleh anak kepada pasangan itu sendiri dan segala bukti rakaman adalah dirakam oleh orang ramai yang berada di kawasan kejadian.

Sehingga kini, rakaman yang menerima lebih daripada 9,000 tontonan itu terus menjadi perhatian dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen tempatan tidak kira sama ada yang berbentuk positif mahupun negatif. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: amukbelasah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Panik Anak Terperangkap, Ustaz Don Turut Bantu

Next Post

“Saya Dah Tak Percaya Cinta” – Hans Isaac

Related Posts

Silap Identiti, Pelajar Tingkatan 5 Parah Dibelasah Beramai-Ramai

Silap Identiti, Pelajar Tingkatan 5 Parah Dibelasah Beramai-Ramai

10/05/2025
0

SEREMBAN: Pelajar Tingkatan Lima parah akibat dibelasah beramai-ramai dalam kejadian di Paroi, di sini awal pagi semalam, dipercayai menjadi mangsa...

Mengaku Belasah Anak Perempuan Guna Kerusi, Papan Seterika, Bakul

Mengaku Belasah Anak Perempuan Guna Kerusi, Papan Seterika, Bakul

01/02/2024
0

Kuala Pilah : Bapa mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya menggunakan objek,...

Next Post

"Saya Dah Tak Percaya Cinta" - Hans Isaac

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd