• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KR1M 2.0: Rangkaian Kedai Mula Turun Harga Barang

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Inisiatif Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 akan mendorong rangkaian perniagaan di negara ini untuk menurunkan harga barangan yang dijual, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ia dilihat sebagai persaingan positif dalam bidang peruncitan dan dalam masa sama menawarkan pelbagai barangan keperluan rakyat.

“Dalam penstrukturan KR1M kepada KR1M 2.0, tiga model perniagaan diperkenalkan iaitu kerjasama strategik antara kerajaan dengan pengilang, pengeluar dan pengedar; operasi perniagaan kendalian pemilik dan penjenamaan bersama.

“KR1M mempunyai tiga fasa pelaksanaan iaitu pasar raya, kedai serbaneka dan cawangan peruncitan bebas, justeru ia bersifat menyeluruh serta berupaya mencetuskan impak positif bagi menangani peningkatan kos sara hidup,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) mengenai strategi memastikan harga barangan dijual lebih rendah daripada harga pasaran dalam Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

KR1M 2.0 yang dilancarkan bulan lepas adalah langkah penjenamaan semula daripada program KR1M yang diperkenalkan melalui inisiatif pihak swasta yang dibantu kerajaan sejak 2011.

Ia memperkenalkan model baharu yang lebih terbuka, berdaya saing dan memberi peluang untuk lebih ramai peniaga runcit menyertainya. – BERNAMA

Tags: KR1M 2.0Perniagaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan perasaan mengenai kejatuhan perniagaannya yang turut memberi...

Bajet Dijangka Lebih Tumpu Perniagaan, Pembayar Cukai: LHDN

Bajet Dijangka Lebih Tumpu Perniagaan, Pembayar Cukai: LHDN

21/09/2022
0

PUTRAJAYA - Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober depan dijangka lebih menumpukan usaha membantu kalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd