• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Air Selangor: Loji Rosak Sejak Azmin Jadi MB

oleh
08/03/2018
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR…. Masalah serius gangguan bekalan air membabitkan 498 kawasan sekitar Lembah Klang sejak kelmarin akhirnya membuka persoalan tentang sikap kerajaan Selangor sendiri.

Ini termasuk keberkesanan dan kemam­puan pengurusan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, apabila kerosakan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) sebenarnya sudah berlaku sejak 2016 lagi.

Persoalannya, jika kerajaan negeri sudah tahu masalah tersebut berlarutan sejak tahun itu, kenapa loji-loji pam air bersih di SSP3 yang menjadi antara nadi utama kepada jutaan penduduk Lembah Klang tidak dibaiki dengan segera.

Sebaliknya kerja-kerja pembaikan tersebut hanya baru diberikan kepada pihak kontraktor bermula pada Januari lalu. Tambah mengejutkan, laporan mengenai jangkaan masalah air itu sudah diserahkan kepada kerajaan negeri.

Ia sepatutnya untuk tindakan segera namun pentadbiran Mohamed Azmin dilihat seolah-olah cuba mele­ngah-lengahkan perkara tersebut menyebabkan pada tahun ini sahaja, sudah dua kali gangguan bekalan air terjadi.

Pengurus loji SSP3, Azman Abd. Aziz ketika ditemui media memberitahu, empat unit pam di loji tersebut tidak boleh dibaiki berikutan kekurangan tenaga pakar dalam syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash).

“Bagi pam nombor lapan yang mengalami kerosakan bearing dan telah dikesan pada Januari lalu gagal berfungsi sepenuhnya, sementara pam nombor empat pula sudah rosak sejak Mei 2017 tetapi masih belum dapat dibaiki.

“Ini kerana ia melibatkan masalah kos yang agak besar. Kerja baiki ini memang sedang dijalankan namun perlu dibuat secara berperingkat-pe­ringkat sebab memerlukan pemantauan rapi,” katanya kepada pemberita.

Azman mendedahkan masalah itu ketika ditemui media sempena lawatan Exco Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib ke loji itu semalam.

Sementara itu, harapan pengguna agar masalah tersebut di­atasi segera tidak akan menjadi kenyataan, sebaliknya mereka perlu berterusan menanggung kepayahan apabila Zaidy yang mewakili kerajaan negeri pun buntu.

Beliau sebaliknya menjangkakan bahawa masalah berkenaan hanya dapat diselesaikan menjelang Ahad depan. Kerja pembaikan jelasnya sedang giat dijalankan melalui 10 pasukan kontraktor yang telah dilantik pihak berwajib.

Ia dilakukan susulan insiden letupan sistem mampatan udara di Loji SSP3 mengakibatkan lima batang paip sistem bersaiz 1,100 meter rosak teruk. Kerja pembaikan bakal siap mulai 6 petang Khamis secara berperingkat-peringkat

“Pihak Pengurusan Air Sela­ngor telah mengaktifkan sembilan pusat khidmat setempat dan berusaha menambah jumlah kapasiti lori tangki kepada 96 buah dan 11 lori tangki jambo bagi membantu orang ramai yang terjejas.

“Dua buah kawasan iaitu Kuala Langat dan Hulu Selangor akan pulih pada Sabtu manakala empat kawasan lain iaitu Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam pula akan menikmati bekalan air pada Ahad,” ujarnya.

Krisis air terburuk itu membabitkan 563,662 akaun pengguna di sebuah negeri dianggap termaju di Malaysia namun akibat permainan politik kerajaan ditadbir PKR, rakyat pula menanggung sengsara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: air selangorAzmin AliKerajaan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

05/06/2024
1

SHAH ALAM : Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3 pagi esok, selepas kerja penyelenggaraan dan penggantian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd