• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Disimbah Air Longkang Lepas Kantoi Khalwat

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPASANG kekasih di Aceh, Indonesia bukan sahaja kantoi ditangkap khalwat, malah turut diaibkan oleh penduduk setempat dengan cara yang begitu memalukan.

Insiden mengejutkan itu dipercayai berlaku di sebuah perkampungan di daerah Ingin Jaya, Aceh Besar, pada Isnin lalu.

Menurut sumber, kedua-duanya remaja berusia sekitar 20-an itu dikatakan sering berdua-dua di sebuah rumah sehinggalah perbuatan mereka akhirnya dihidu dan ditangkap penduduk kampung.

Menerusi rakaman video yang kini giat diperkongsikan netizen, kedua-duanya dilihat tertunduk malu dan hanya menjawab pertanyaan ketika disoal oleh beberapa individu.

Sambil disaksikan oleh orang ramai, pasangan itu kemudiannya diminta untuk bertaubat atau insaf selepas mengakui kesalahan perbuatan mereka.

Namun tidak semena-mena, pasangan itu menerima satu ‘kejutan’ tidak disangka apabila secara tiba-tiba mereka disimbah dengan air longkang berwarna hitam oleh seorang lelaki.

Air kotoran yang berbau itu dilihat begitu pekat sehingga mengakibatkan pakaian mereka turut berubah kehitaman.

Selepas ‘dimandikan’, pemuda itu kemudian diminta untuk bernikah dengan pasangannya sebagai salah satu cara untuk menamatkan perbuatan maksiat mereka.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pasangan tersebut dikahwinkan atau perbuatan mereka dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu netizen di media sosial menyifatkan hukuman yang diberikan oleh penduduk kampung adalah begitu keterlaluan biarpun niat asal mereka hanyalah untuk memberikan pengajaran. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Indonesiakhalwat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd