• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Harimau Muda Sudah Tidak Relevan – Khairy

oleh Ahmad Albab
21/01/2015
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membubarkan sistem pasukan Harimau Muda.

Khairy berkata persatuan bola sepak negeri secara hakikinya perlu diberi tanggungjawab dalam menggilap potensi pemain dan pembangunan bola sepak di negeri masing-masing.

Beliau yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden FAM itu berkata sistem Harimau Muda itu tidak sesuai diteruskan lagi untuk perancangan jangka masa panjang.

“Apabila saya mulakan Harimau Muda semasa saya menjadi Timbalan Presiden FAM, hasrat saya ketika itu adalah untuk membangunkan satu pasukan junior tetapi bukan untuk perancangan jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata cara yang terbaik adalah menghantar pemain-pemain muda ini bermain dengan negeri masing-masing dan biarkan persatuan negeri bertanggungjawab dalam menggilap pemain mereka.

“Liga Malaysia semakin baik. Kalau kita lihat ramai pihak swasta mahu menaja pasukan negeri, walaupun ramai pihak mempertikaikan tentang kualiti pemain saya rasa kualiti pemain kita semakin baik,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pengumuman laluan perlumbaan jelajah berbasikal terunggul Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015.

Khairy berkata semua pihak perlu memberikan kepercayaan kepada persatuan bola sepak negeri untuk membangunkan pemain-pemain mereka sebelum dipilih menyertai skuad kebangsaan. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd