• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tersebar Di Whatsapp, Matematik Kertas 1 Juga Bocor?

oleh AK-47
08/11/2014
dalam Hangat, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Soalan kertas 1 Matematik untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) juga dipercayai telah bocor, menurut laporan portal berita Astro Awani hari ini.

Menurut laporan itu, soalan subjek itu telah tersebar kepada umum beberapa ketika sebelum lebih 400,000 calon menjawab soalan berkenaan semalam.

Seorang guru dikatakan telah menghubung stesen berita itu dengan mendakwa menerima gambar soalan-soalan dalam kertas berkenaan bersama jawapannya sekali melalui aplikasi Whatsapp pada pukul 7.40 pagi.

Peperiksaan subjek berkenaan bermula pada pukul 8.15 pagi hari yang sama.

Guru itu yang enggan dikenali, berkata beberapa orang rakannya juga menerima soalan lebih awal, sesetengahnya sejak petang Selasa lepas.

“Soalan (Matematik) yang saya lihat (melalui WhatsApp) itu sama dengan apa yang keluar,” katanya.

Menurut guru itu lagi, soalan bocor itu disebarkan dalam kalangan guru melalui aplikasi pesanan mudah alih tersebut.

Laporan itu turut menyebut, gambar soalan dalam Kertas 1 Matematik UPSRR itu turut ditunjukkan kepada calon yang menduduki peperiksaan itu, mereka mengesahkan soalan-soalan tersebut sama dengan kertas soalan yang mereka terima.

Fullscreen capture 1192014 14624 PM Fullscreen capture 1192014 14631 PM Fullscreen capture 1192014 14634 PM

Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) ketika diminta mengulas berkenaan pendedahan itu enggan memberi sebarang kenyataan.

Semalam, LPM dalam kenyataan medianya memaklumkan mengenai kebocoran kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 sehingga memaksa peperiksaan subjek itu yang dijadualkan hari ini ditangguhkan.

Pengarah Peperiksaan Dr Na’imah Ishak berkata tarikh baru bagi para calon UPSR mengambil peperiksaan Sains itu adalah pada 30 September depan, selepas cuti penggal persekolahan.

“Siasatan awal LPM mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah dilihat tersebar menerusi media sosial.

“Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Berkenaan kebocoran itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam reaksinya memohon maaf kepada semua calon UPSR dan ibu bapa berhubung penangguhan itu.

Beliau berharap penangguhan itu tidak mengganggu tumpuan calon yang terpaksa menunggu sehingga selepas cuti sekolah ini untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Sekolah akan bercuti selama seminggu bermula Jumaat ini, sehari selepas UPSR selesai.

Berkenaan kebocoran peperiksaan Kertas 1 Matematik pula, difahamkan pihak berkuasa masih belum menerima sebarang laporan berkaitan penyebaran soalan-soalan itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Tags: SOALAN BOCORwhatsapp
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

02/02/2026
0

KOTA KINABALU: Ibu kepada Pelajar A, seorang daripada lima pelajar yang didakwa menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner...

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

21/11/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi mengeluarkan mesej peringatan larangan terbabit rasuah yang tular di WhatsApp berkaitan Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd