• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50 Bukan Masa Tambahan Wawasan 2020 – Khairy

oleh AK-47
07/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menolak dakwaan bahawa Transformasi Nasional 2050 (TN50) diwujudkan sebagai ‘masa tambahan’ bagi Wawasan 2020.

Sebaliknya kata Khairy, TN50 yang diumum semasa pembentangan Bajet 2017, adalah satu perancangan jangka masa panjang bagi mengisi kelompongan Wawasan 2020, dengan sasaran yang lebih objektif.

Katanya, berdasarkan semakannya, Wawasan 2020 mempunyai sembilan aspirasi, dan hanya satu sasaran iaitu menjadikan Malaysia, sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi yang mempunyai sasaran jelas.

“Saya yakin menjelang dua tahun lagi mengikut tafsiran Bank Dunia, Malaysia akan jadi negara maju, negara berpendapatan tinggi di bawah pengurusan kerajaan Barisan Nasional.

“Cuma dari segi cabaran lain, ia adalah work in progress (sedang diusahakan), sebagai contoh Malaysia akan jadi negara yang bersatu padu, bagaimana nak letakkan sasaran untuk lihat kita adalah negara yang benar-benar bersatu, ini adalah work in progress,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (AMANAH-Parit Buntar) mengenai kesinambungan Dasar Ekonomi Baharu, Wawasan 2020 dan TN50. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinTN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd