• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16,716 Ahli Lembaga Koperasi Sekolah Sertai IBR

oleh AK-47
06/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Seramai 16,716 ahli lembaga pengarah koperasi sekolah membabitkan pelajar dan pengetua dari 2,388 koperasi sekolah di seluruh negara akan melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tahun ini.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata langkah itu bertujuan mewujudkan kesedaran dalam meningkatkan pencegahan jenayah dalam kalangan pelajar di negara ini.

“Kita mahu golongan berkenaan dapat didedahkan mengenai bahaya rasuah menerusi pencegahan awal bermula daripada peringkat sekolah,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis lafaz IBR koperasi peringkat negeri dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

IBR itu ditandatangani oleh Pengerusi Angkasa Perak Mohd Rosli Basri yang kemudiannya diserahkan kepada Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perak Ahmad Shukri Mohamad Taib.

Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata meskipun masalah rasuah dalam kalangan koperasi tidak sampai dua peratus, pihaknya tetap memandang serius masalah rasuah dan berharap IBR dapat membantu menambah baik sistem pengurusan koperasi.

“Sasaran kita IBR akan dilaksanakan di kesemua 13,600 koperasi di seluruh negara dan buat masa ini, kita sudah laksanakan IBR di Sarawak dan Perak,” katanya.

Abdul Fattah turut menyatakan Angkasa menguruskan RM1.4 bilion transaksi pinjaman setiap bulan membabitkan dua juta kakitangan awam yang membuat pinjaman melalui koperasi. – BERNAMA

Tags: Datuk Abdul Fattah Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Angkasa Pinda Undang-Undang Kecil Mei Ini

22/03/2018
0

KUALA NERUS - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan meminda undang-undang kecil dan perintah tetap pertubuhan itu Mei ini,...

Angkasa Latih Masyarakat Islam Bidang Perniagaan

12/02/2018
0

TAIPING – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menghantar anggotanya ke Kemboja pada Mac ini untuk melatih masyarakat Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd