• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkasa Pinda Undang-Undang Kecil Mei Ini

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan meminda undang-undang kecil dan perintah tetap pertubuhan itu Mei ini, bagi memperkemas struktur dalaman badan koperasi utama negara itu.

Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata pindaan itu adalah untuk menentukan 20 peratus jumlah perwakilan yang akan dipanggil bagi mewakili koperasi negeri masing-masing ke Persidangan Tahunan Kebangsaan Angkasa (PTKA).

“Angkasa ketika ini mempunyai anggota yang begitu ramai, iaitu kira-kira 10,000 anggota berdaftar, jadi mungkin lokasi apabila diadakan PTKA kelak tidak mampu menampung kesemuanya.

“Kita akan membentangkan cadangan pindaan ini pada setiap persidangan negeri yang sedang berlangsung dan membawanya ke PTKA pada 12 Mei depan sebelum diajukan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi kelulusan untuk dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Angkasa Negeri Terengganu di sini hari ini.

Abdul Fattah berkata kali terakhir Angkasa meminda undang-undang kecil pertubuhan itu ialah pada 2010 bagi tujuan penambahbaikan dalam aktiviti melibatkan perniagaan.

Beliau turut memohon kerajaan mempertimbangkan hasrat Angkasa agar koperasi di negara ini diiktiraf sebagai sebuah entiti perniagaan untukmemudahkan mereka menikmati insentif seperti pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Beliau berharap cadangan itu dapat dilaksanakan dengan mengambil kira sektor koperasi antara tulang belakang negara yang turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi pada tahun lalu iaitu kira-kira RM40 bilion bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). – BERNAMA

Tags: Datuk Abdul Fattah Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

16,716 Ahli Lembaga Koperasi Sekolah Sertai IBR

06/03/2018
0

TAIPING - Seramai 16,716 ahli lembaga pengarah koperasi sekolah membabitkan pelajar dan pengetua dari 2,388 koperasi sekolah di seluruh negara...

Angkasa Latih Masyarakat Islam Bidang Perniagaan

12/02/2018
0

TAIPING – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menghantar anggotanya ke Kemboja pada Mac ini untuk melatih masyarakat Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd