• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNBF Penerima Pertama Pensijilan CIPS

oleh Ahmad Albab
06/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) Fuel Services Sdn Bhd (TNBF), anak syarikat milik penuh TNB menerima Sijil ‘Chartered Institute of Procurement and Supply (CIPS) Standard Corporate’ daripada CIPS, menjadikannya organisasi pertama di Malaysia mendapat pensijilan tersebut.

Menerusi satu kenyataan hari ini, TNB menyatakan bahawa pengiktirafan itu menjadikan TNBF antara organisasi perolehan terbaik dalam industri pembekalan komoditi sekali gus mendorong usaha menjana pendapatan daripada bisnes TNB yang tidak dikawal selia.

“Akreditasi badan profesional itu membuktikan bahawa TNBF mengamalkan perolehan standard yang baik dan bertaraf dunia, selain diakui menyediakan platform yang progresif serta berstruktur untuk mencapai kecemerlangan dalam operasi perolehan dan pembekalan,” jelas TNB.

Kenyataan tersebut juga memberitahu bahawa pensijilan daripada CIPS yang berpangkalan di United Kingdom itu disampaikan Ketua Pemasaran CIPS Jon Soon kepada Pengarah Pengurusan TNBF Zainal Abidin Shah Mahamood baru-baru ini.

CIPS yang ditubuhkan hampir 20 tahun lepas itu merupakan badan profesional yang mendorong syarikat-syarikat perolehan untuk mempraktik amalan perolehan terbaik. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: TNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd