• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala FA: JDT Hampir Dikejutkan Sabah Di Likas

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara edisi 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir dikejutkan oleh Sabah pada aksi pusingan kedua Piala FA, sebelum juara Liga Super empat kali berturut-turut itu bangkit mencatat kemenangan 2-1 pada masa tambahan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain import dari Korea Selatan, Lee Kil-Hoon pada minit ke-24, sebelum skuad Harimau Selatan menyamakan kedudukan menerusi ayam tambatannya, Luciano Figueroa pada minit ke-53.

JDT, yang terpalit dengan krisis dalaman menyaksikan peletakan jawatan pengendali Ulisses Morais dan penyerang sensasi, Jorge Pereyra Diaz meninggalkan kelab secara senyap, mengesahkan tempat di pusingan ketiga menerusi jaringan pemain import dari Argentina, Gonzalo Cabrera, empat minit selepas masa tambahan bermula (minit ke-94).

Sementara itu, jaringan hatrik penyerang import dari Brazil, Guilherme de Paula pada minit ke-21, 65 dan 90 membantu pasukan Kuala Lumpur membenam Kuching FA 4-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini.

Satu lagi jaringan skuad ‘The City Boys’ yang merupakan juara tiga kali Piala FA pada 1993, 1994 dan 1999, dijaringkan rakan senegaranya, Paulo Josue pada minit ke-49.

Di Stadium TLDM, Lumut, pasukan Perak bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Sarawak 3-1 untuk mara ke pusingan seterusnya.

Pasukan pelawat membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi pemain import dari Crotia, Mateo Roskam sebelum skuad ‘The Bos Gaurus’ menyamakan kedudukan menerusi pemain import dari Brazil, Wander Luiz Bitencourt Junior, lapan minit kemudian melalui sepakan penalti.

Dua gol melalui penyerang import dari Brazil, Gilmar Jose Da Silva masing-masing pada minit ke-39 dan 84, mengesahkan kemenangan kepada pasukan tuan rumah.

Felda United pula mencatat kemenangan 5-2 ke atas Felcra FC di Stadium Shah Alam, menerusi jaringan pemain import dari Brazil, Tiago Fernandes pada minit ke-45 dan 64.

Turut menjaringkan gol buat skuad kendalian B. Sathianathan itu ialah Shukor Adan pada minit ke-71, Hadin Azman (minit ke-83) dan Gilberto Fortunato pada minit ke-93, manakala gol Felcra disumbangkan dua pemain import, Endrick Dos Santos Parafita (minit ke-23) dan Anselmo Arruda Da Silva (minit ke-74).

Terdahulu pada aksi sebelah petang, Terengganu FC berpesta gol ke atas PJ Rangers menerusi kemenangan 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Empat gol skuad Penyu itu dijaringkan penyerang import dari England, Lee Andrew Tuck pada minit ke-36, pemain import dari Montenegrin, Igor Zonjic (minit ke-59), Mohd Shahrul Aizad Zulkifli (minit ke-75), sebelum pemain import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre melengkapkan sepakan penalti pada minit ke-84.

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC turut mengesahkan slot ke pusingan ketiga apabila mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Shahzan Muda FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Penyerang import dari Korea Selatan, Gisung Yeon menjadi wira pasukan Liga Super itu apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-31 dan 59, sebelum pasukan tuan rumah merapatkan jurang menerusi Mohd Rizua Shafiqi Kamaruzaman pada minit ke-75. – BERNAMA

Tags: JDT
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd