• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letak Calon Wanita Cuma Gimik PRU Pembangkang

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Hasrat pembangkang meletakkan beberapa calon wanita di negeri ini adalah sekadar gimik yang hanya muncul pada setiap Pilihan Raya Umum (PRU), selain meniru strategi Barisan Nasional (BN).

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong Datuk Dr Noraini Ahmad berkata BN sudah lama mengakui kekuatan golongan hawa dengan meletakkan ramai wanita bertanding pada PRU yang lepas.

“Sejak dahulu, kita (BN) tekankan penyertaan wanita sebanyak 30 peratus dalam politik. Sebelum mereka (pembangkang) meuar-uarkan tentang ini pun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa bagi jawatan senator pun, beliau akan pastikan 30 peratus daripadanya adalah wanita.

“Saya percaya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (Ketua Pergerakan Wanita UMNO) telah berjumpa Perdana Menteri untuk membincangkan perkara ini selaku Ketua Wanita Barisan Nasional,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Program Ceria ke Sekolah Parlimen Parit Sulong di Sekolah Agama Sri Medan di sini, hari ini.

Terdahulu, Noraini menyampaikan sumbangan baju seragam sekolah dan peralatan sekolah kepada 200 kanak-kanak kurang berkemampuan dari 33 sekolah agama sekitar kawasan Parlimen berkenaan.

Noraini, yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, berkata demikian semasa mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR Pusat Zuraida Kamaruddin semalam bahawa beberapa calon wanita akan bertanding pada PRU akan datang. – BERNAMA

Tags: Datuk Noraini Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan BN Tidak Pernah Layan Pelobi ICERD

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelobi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebenarnya sudah lama melobi Malaysia supaya meratifikasikan...

Wanita UMNO Mahu Pastikan Tok Mat Menang

17/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO menerima keputusan mahkamah kemenangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd