Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Bangkai Ikan Gar Gergasi...

NEW ORLEANS - Pengunjung taman rekreasi Lafreniere di sini dikejutkan dengan penemuan bangkai...

Jerebu: 298 Sekolah Ditutup...

KUCHING - Sebanyak 298 sekolah di lapan daerah di Sarawak di tutup hari...

PRU15: Tak Perlu Cuti...

SRI AMAN: Kerajaan Sarawak masih mempertimbang sama ada mahu mengisytiharkan cuti umum bagi...

Program Pemulihan Banduan Berjaya...

KAJANG - Program pemulihan yang diberikan kepada individu yang menjalani hukuman penjara di...

Wanita UMNO Mahu Pastikan Tok Mat Menang

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO menerima keputusan mahkamah kemenangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu batal dan tidak sah.

Ketuanya yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, Wanita UMNO akan bantu parti mempertahankan kerusi berkenaan dengan memastikan kemenangan Mohamad pada Pilihan Raya Kecil DUN Rantau.

“Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan merupakan calon yang berwibawa dan berkaliber untuk mengekalkan kerusi DUN Rantau dalam PRK yang bakal diadakan.

“Sejak mula bertanding di kerusi Rantau pada 2004, Mohamad telah menunjukkan rekod cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noraini berkata, Menteri Besar baharu Negeri Sembilan, Aminuddin Harun beberapa hari selepas Pakatan Harapan berkuasa pada 13 Mei 2018 turut mengiktiraf pencapaian cemerlang Mohamad membangunkan Negeri Sembilan.

Mahkamah Tinggi Seremban semalam mengisytiharkan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan bagi kerusi DUN Rantau pada PRU-14 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Azimah Omar yang mengarahkan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan serta merta di kerusi itu yang sebelum ini dimenangi oleh Mohamad tanpa bertanding.


Petisyen keatas kerusi DUN Rantau difailkan oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. S. Streram yang juga calon PKR bagi kerusi itu pada 23 Mei lalu.

Pada 28 April 2018, Mohamad diumumkan menang tanpa bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Rantau, Amino Agos Suyub berikutan Streram gagal menghantar borang penamaan calon.

Streram gagal menghantar borang penamaan calon selepas tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau kerana tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – MYNEWSHUB.TV

Kategori