• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Pasukan Khas Pantau Provokasi Di Media Sosial

oleh AK-47
02/03/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau sebarang provokasi dan komen berunsur hasutan di media sosial menjelang pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata pihaknya akan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana individu yang didapati mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“PDRM sudah mengambil kira akan ada jawatankuasa-jawatankuasa khas yang akan memantau aspek-aspek yang berbaur hasutan terutama di media sosial menjelang PRU14.

“Kita akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam talian,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan latih amal Ex Undi PER PRU 14, di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 67,000 anggota dan pegawai polis serta 4,600 polis sukarelawan akan terlibat sepanjang tempoh PRU14 bagi mengawal keselamatan di seluruh negara.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata PDRM akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengawal keselamatan sekiranya berlaku provokasi atau rusuhan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Dalam keadaan tertentu kita akan mendapatkan bantuan tentera dan apabila keadaan telah reda semula pasukan tentera akan menyerah semula kawalan kepada PDRM,” katanya.

Beliau berkata seramai 132 anggota dan pegawai ATM serta 170 anggota dan pegawai polis terlibat pada latih amal di Maktab PDRM, Cheras, hari ini.

Katanya, latih amal itu akan diteruskan di setiap daerah seluruh negara bagi memastikan anggota dan pegawai polis sentiasa bersiap siaga menghadapi ancaman pada PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan elemen-elemen yang akan digerakkan semasa kawalan keselamatan pembubaran Parlimen, semasa penamaan calon, tempoh berkempen, hari pengundian dan kiraan undi serta pasca pilihan raya.

Turut hadir, Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat, Mejar Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Zulkifli AbdullahPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd