• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penutupan 1MDB Tidak Perlu Jadikan Sentimen

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Penutupan syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak perlu dijadikan bahan sentimen untuk dipermainkan, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Katanya 1MDB telah mengikuti pelan rasionalisasi dan syarikat berkenaan juga telah menyelesaikan sebahagian daripada hutang serta tidak ada sebarang hutang jangka pendek dan syarikat terbabit juga telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik.

“Berdasarkan kepada perakuan yang dibuat oleh laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), aset tanah terutamanya sudah pun dipindahkan kepada Minister Of Finance Incorporated.

“1MDB dibuat dengan niat yang baik kemudian difitnahkan, ditelanjangkan dan digodak. Jadi kalau wujud pun ia sudah sukar hendak menjalankan perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Minda & Sesi Dialog Perjuangan For All malam tadi.

Program itu menampilkan Anggota Parlimen Kepala Batas yang juga Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Anggota Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul sebagai ahli panel manakala Annuar bertindak sebagai moderator pada majlis yang berlangsung di Permatang Langsat, di sini.

Selasa lepas, Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah dilapor berkata 1MDB akan ditutup selepas semua hutangnya selesai dibayar. – BERNAMA

Tags: 1MDBAnnuar Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd