• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50 Kanvas Baharu Muatkan Aspirasi Bersama Rakyat

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menjadi kanvas baharu yang bersifat inklusif dan sarat di dalamnya dengan aspirasi bersama rakyat Malaysia khususnya generasi belia masa kini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata mereka merupakan tonggak penting menjelang kedatangan tahun berkenaan.

Dalam kata-kata aluan pada laporan ‘Kanvas Belia TN50: Aspirasi Belia Untuk Malaysia Menjelang Tahun 2050’, Najib berkata melangkah ke hadapan, dunia semakin bergerak pantas serta meniti pelbagai cabaran baharu yang tidak lagi bersifat konvensional.

“Kerajaan sedar dan telah mengambil langkah pantas dengan mengagaskan TN50 sebagai satu hala tuju yang membolehkan kita melonjak ke arah mencapai matlamat ‘Top 20 Nations’ di dunia kelak,” katanya.

Laporan itu memaparkan aspirasi belia dan idea-idea inovatif yang datang daripada suara hati akar umbi dalam merealisasikan matlamat TN50 dan masa hadapan Malaysia yang diimpikan bersama.

Hampir dua juta belia Malaysia telah didampingi sepanjang 2017 dengan 62,000 aspirasi telah dikumpulkan dalam penyediaan Kanvas Belia TN50 bagi mencerminkan sebuah rupa bentuk Malaysia yang diingini anak muda Malaysia ketika negara melangkah melepasi tahun 2020.

Kesimpulan laporan itu, antara lain, menyatakan penekanan pada 2018 akan beralih kepada usaha menterjemahkan pelbagai aspirasi rakyat Malaysia ke dalam satu pelan dasar jangka panjang negara – tugas yang akan diterajui Unit TN50 di bawah Unit Perancang Ekonomi.

Ini akan dibuat dengan kerjasama rapat kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta selain masyarakat awam.

“Kanvas Belia TN50 serta pelbagai input lain akan menjadi asas kepada pelan dasar TN50 yang bakal dilancarkan pada Hari Malaysia 2018,” menurut laporan itu.

Ia menarik perhatian bahawa sebahagian daripada inisiatif TN50 telahpun diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2018, sekali gus menunjukkan keinginan kerajaan untuk melanjutkan aspirasi kepada tindakan.

Laporan itu berkata pelbagai aspirasi yang diterima sepanjang inisiatif pendampingan belia TN50 oleh Kementerian Belia dan Sukan menyerlahkan enam tema utama iaitu Global, Kesaksamaan, Mampan, Bersatu Padu, Bertanggungjawab dan Prihatin.

Di bawah tema Global, Malaysia diimpikan menjadi sebuah negara dengan rakyat global yang berinovasi dan mempunyai semangat keusahawanan.

Antara sasaran TN50 berkaitan yang dicadangkan oleh belia ialah untuk Malaysia mempunyai juara dunia dalam pelbagai industri di peringkat dunia dan diiktiraf antara 20 negara teratas dalam Indeks Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Ia juga mahu Malaysia mengambil peranan sebagai negara perantara dalam pertikaian melibatkan negara-negara Islam selain melihat rakyat Malaysia memegang peranan kepimpinan dalam organisasi dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Malaysia menjadi bumi di mana tiada sesiapa yang terpinggir menjadi harapan di bawah tema Kesaksamaan. – BERNAMA

Tags: TN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TN50 Buatkan Anak Muda Rasa Lebih Dihargai

06/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mengangkat suara serta aspirasi anak muda membuatkan mereka rasa lebih dihargai dan...

125,000 Penghafaz Al-Quran Dilahirkan Di Bawah TN50

31/03/2018
0

KOTA BHARU - Sejumlah 125,000 penghafaz al-Quran dijangka dilahirkan di bawah program Tranformasi Nasional 50 (TN50) menerusi Dasar Pendidikan Tahfiz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd