• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Dutch Lady Malaysia Disahkan Selamat

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dutch Lady Malaysia memberi jaminan bahawa semua produknya adalah selamat dan memenuhi standard keselamatan makanan Malaysia dan antarabangsa.

Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Tarang Gupta berkata, perkara itu telah disahkan oleh keputusan ujian rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

“Keputusan makmal adalah 100 peratus selaras dengan ujian bebas Dutch Lady Malaysia yang dijalankan oleh makmal-makmal yang diakreditasi di Malaysia dan Singapura.

“Penyiasatan yang dijalankan oleh Dutch Lady seterusnya mengesahkan bahawa hanya produk Dutch Lady yang sahih sahaja dijual di pasaran,” katanya ndalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Tarang melahirkan rasa sukacita dengan keputusan yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan yang menyokong penemuan sebelum ini bahawa tiada sebarang kekurangan dari segi kualiti produk Dutch Lady Malaysia.

Kata beliau, Dutch Lady Malaysia juga gembira bahawa penyiasatan syarikat itu turut mengesahkan bahawa semua produk Dutch Lady yang dijual di Malaysia adalah produk yang sahih.

“Dutch Lady telah beroperasi di Malaysia sejak 55 tahun dan kesihatan serta kesejahteraan para pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas sokongan dan kepercayaan mereka yang berterusan terhadap jenama kami,” tambah Gupta.

Untuk pertanyaan lanjut tentang produk Dutch Lady, sila hubungi talian 1800-88-1191 atau melalui e-mel di [email protected]. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dutch Lady
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

29/11/2022
0

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran tenusunya dan memutuskan untuk menamatkan operasi...

Dutch Lady Siasat Kes Susu Tiruan Punca Bayi Sakit

14/02/2018
0

KECOH... Sejak kelmarin, tular dalam kalangan netizen tempatan mengenai susu tepung Dutch Baby untuk bayi berusia enam hingga 12 bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd