• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dutch Lady Siasat Kes Susu Tiruan Punca Bayi Sakit

oleh
14/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH… Sejak kelmarin, tular dalam kalangan netizen tempatan mengenai susu tepung Dutch Baby untuk bayi berusia enam hingga 12 bulan di media sosial yang konon didakwa sebagai tiruan.

Mangsa dikatakan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sebaik sahaja minum susu daripada pek Ducth Lady yang dilabel 102 yang menurut perkongsian dituralkan, label 102 adalah tiruan manakala susu asli dilabel 101.

Portal media tempatan melaporkan ramai pengguna produk popular tersebut juga mendakwa terdapat perbezaan ketara dari segi warna antara pek tiruan dan asli selain perkataan ‘Calcium’ yang ditulis juga adalah berbeza.

Ada pengguna media sosial turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati ketika memilih susu bayi kerana bimbang kejadian tidak diingini boleh berlaku termasuk risiko kematian akibat bahan kimia dalam produk tersebut.

Bagaimanapun, pihak Dutch Lady Malaysia dilaporkan telah menerima dan menghantar sampel produk berkenaan ke makmal mereka dan makmal luar yang berstatus bebas untuk menjalankan siri ujian klinikal lebih terperinci.

“Kami maklum mengenai aduan berhubung dengan dakwaan konon ada seorang kanak-kanak yang perlu segera mendapatkan nasihat perubatan beberapa hari selepas meminum susu produk Dutch Lady Curious (900 gram).

“Kami memandang serius setiap insiden seperti ini dan akan menjalankan siasatan menyeluruh. Pada peringkat ini, tidak diketahui sama ada punca itu disebabkan oleh susu atau faktor lain,” kata pengeluar itu dalam satu kenyataan.

Dutch Lady malah sedang melakukan siasatan lebih teliti untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah itu dan menjelaskan bahawa: “Kami sedar ramai pelanggan dan pengguna Dutch Lady bimbang tentang keadaan ini.

“Sekali lagi kami ingin menegaskan bahawa pihak syarikat ini memang mengamalkan tahap kawalan kualiti dan keselamatan yang paling ketat sepanjang peringkat ketika proses pembuatan dan rantaian bekalan kami.”

Kata syarikat antarabanga itu, ia bagi memastikan semua produk yang dihasilkan di bawah kualiti dan kebersihan tertinggi. Produk di bawah jenama Dutch Lady mematuhi undang-undang dan peraturan negara dan antarabangsa.

“Dutch Lady juga sudah bertemu dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bekerjasama rapat dalam usaha mengatasi perkara ini. Keputusan penuh akan diumumkan selepas proses siasatan diselesaikan.

“Buat masa ini, penemuan awal daripada proses kawalan kualiti dalaman menunjukkan bahawa produk kami tidak ada sebarang kekurangan dari segi kualiti dan susu kami selamat untuk diminum,” kata Tarang Gupta.

Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia dipetik laman Astro Awani menegaskan bahawa syarikat berkenaan turut menyemak butiran pembungkusan produk yang disalah erti dan dianggap pengguna sebagai petunjuk produk palsu.

Justeru pengeluar itu turut mengesahkan produk susu Dutch Lady Curious (900 gram) dengan nombor kelompok 1023C7WA tidak mempunyai apa-apa unsur kekurangan dari segi kualiti dan adalah selamat untuk diminum.

Dutch Lady pada masa sama turut meminta orang ramai untuk berhubung dengan pusat khidmat pelanggan di talian 1-800-88-1191 atau emel ke [email protected]. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Infografik cara semakan bungkusan susu Dutch Lady

Tags: Dutch Lady
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

29/11/2022
0

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran tenusunya dan memutuskan untuk menamatkan operasi...

Produk Dutch Lady Malaysia Disahkan Selamat

01/03/2018
0

PETALING JAYA - Dutch Lady Malaysia memberi jaminan bahawa semua produknya adalah selamat dan memenuhi standard keselamatan makanan Malaysia dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd