• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

oleh Mohd Arshad
29/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran tenusunya dan memutuskan untuk menamatkan operasi pengeluaran serbuk susu tepungnya di Petaling Jaya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sehubungan itu, operasi pengeluaran susu tepungnya tidak akan dijalankan di kemudahan pengilangan baharu di Bandar Enstek, Negeri Sembilan, kata Pengarah Urusannya, Ramjeet Kaur Virik.

Bagaimanapun, katanya, langkah yang diambil syarikat itu tidak menjejaskan bekalan serbuk susu tepung bagi pasaran Malaysia kerana ia akan mendapatkan bekalan produk itu daripada rangkaian pengilangan syarikat induknya, Royal FrieslandCampina NV di Asia dan terus menyediakan bagi keperluan pasaran di negara ini.

Royal FrieslandCampina NV, syarikat dari Belanda, adalah satu daripada syarikat koperasi tenusu terbesar di dunia.

Selain itu, DLMI juga akan turut menamatkan beberapa barisan pengeluaran yang lain secara berperingkat dalam tempoh dua tahun akan datang, bermula 31 Mei 2023, sebagai sebahagian daripada langkah pengoptimuman operasi, katanya.

Langkah berkenaan adalah sejajar dengan pendekatan FrieslandCampina bagi meningkatkan operasi perniagaan dan beralih kepada model perniagaan yang lebih mampan yang memacu fokus, inovasi dan kecekapan atas faktor keperluan strategik jangka panjang untuk terus memenuhi keperluan pengguna pada masa hadapan.

“Malangnya, keputusan yang kami ambil ini menjejaskan kira-kira 100 pekerjaan sedia ada. Pekerjaan itu tidak lagi diperlukan di kilang baharu kami di Bandar Enstek.

“Ini akan dilakukan secara berfasa bermula 31 Mei 2023, dan sehingga suku kedua 2024.

“DLMI sebagai sebuah syarikat memiliki kira-kira 600 orang pekerja dan pengoptimuman ini memberi impak kepada barisan pengeluaran tertentu. Kami mempunyai pelbagai barisan pengeluaran seperti perniagaan cecair dan perniagaan serbuk. Ramai daripada kakitangan kami akan meneruskan pekerjaan mereka bersama kami di Bandar Enstek,” kata Ramjeet.

DLMI melabur sebanyak RM540 juta dalam kilang baharu tersebut sebagai hab masa depan bagi perniagaan cecair di rantau ini.

Kilang berkenaan akan menggantikan operasi kilang di Petaling Jaya ketika ini.

Oleh itu, pengoptimuman rantaian bekalan adalah menerusi jenis produk bagi memastikan ekonomi bidangan dan kecekapan, katanya.

“Seramai 100 pekerja itu kebanyakannya daripada kilang serbuk susu dan pengoptimuman beberapa barisan pengeluaran secara berfasa dalam tempoh dua tahun akan datang (bermula 31 Mei, 2023),” jelasnya kepada Bernama.

“Kami akan mematuhi kewajipan kontrak untuk membantu kakitangan terkesan melalui fasa peralihan. DLMI komited untuk menyokong kesemua kakitangan dan memastikan kelangsungan perniagaan, bekerjasama rapat dengan rakan niaga kami,” katanya.

Ramjeet berkata, selain pampasan kewangan, DLMI membawakan pakar yang sesuai untuk membimbing kakitangan yang terkesan, menganjurkan bengkel kerja berkaitan kesejahteraan kewangan, keusahawanan serta perniagaan digital untuk mempersiapkan mereka dengan kerjaya selepas meninggalkan syarikat.

“Ini adalah antara inisiatif yang diusahakan DLMI untuk membantu kakitangan yang terkesan untuk melakukan peralihan,” katanya.

Selain itu, katanya, akan juga ada sokongan peralihan dan perpindahan bagi kakitangan yang berpindah dari kilang di Petaling Jaya ke Bandar Enstek serta program menambah kemahiran dan kemahiran semula kerana ia adalah kilang pembuatan yang berasaskan teknologi tinggi.

“Kami juga bekerjasama dengan kerajaan Negeri Sembilan untuk melihat pilihan perumahan dan persekolahan bagi mereka yang berpindah. Juga akan ada perkhidmatan pengangkutan ulang alik dari lokasi strategik di sini.

“Model perniagaan DLMI kekal sama, stabil dan kukuh. Sebagai barisan pengurusan DLMI, kami perlu membuat keputusan dengan memberi fokus pertimbangan komersil yang menyeluruh demi mewujudkan nilai yang lestari untuk jangka panjang agar DLMi terus berjaya dalam pasaran,” kata Ramjeet.

Melalui perpindahan ke Bandar Enstek kelak, DLMI komited untuk menyediakan produk berkhasiat berkualiti tinggi, Halal dan mampu milik untuk masa depan.

“Dengan pelaksanaan teknologi Industri 4.0 di kemudahan pengilangan baharu itu, DLMI berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan kecekapan operasi untuk terus berjaya di Malaysia dan pasaran pada masa depan,” katanya.

Penerapan inovasi baharu akan membolehkan organisasi memenuhi pertumbuhan pengeluaran tenusunya dan memberi manfaat yang besar kepada industri tenusu tempatan yang semakin berkembang di samping meningkatkan kualiti dan jumlah pengeluaran susu mentah tempatan.

Ramjeet berkata, DLMI telah menjadi sebahagian daripada landskap Malaysia sejak 1963 dan menjadi pilihan turun temurun pelbagai generasi dan akan meneruskan peranan penting ini pada masa depan.

“Kami terus menyokong agenda kesihatan kerajaan terutamanya bagi status pemakanan rakyat Malaysia dan jaminan makanan,” katanya.

Bernama-

Tags: Dutch LadypengeluaranSerbuk Susu Tepung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Pengeluaran Minyak Masak Peket Akan Dirombak: Annuar

Pengeluaran Minyak Masak Peket Akan Dirombak: Annuar

11/07/2022
0

KOTA BHARU - Sistem pengeluaran minyak masak peket bersubsidi akan dirombak sepenuhnya jika aktiviti penyeludupan barangan itu ke negara jiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd