• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Tukun Tiruan Dilabuh Di Perairan Kuantan

oleh AK-47
26/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Dua puluh tukun tiruan baharu jenis kuboid akan dilabuhkan di perairan Balok, Kuantan pada tahun ini, kata Pengarah Perikanan Pahang Azahari Othman.

Beliau berkata tukun tiruan konkrit menelan kos keseluruhan RM300,000 itu yang akan dilabuhkan jabatan berkenaan merupakan kesinambungan usaha dalam menyediakan habitat baru kepada hidupan marin.

Beliau berkata jabatan itu dapat kembali menghasilkan tukun tiruan untuk dilabuhkan di laut melalui peruntukan yang disalurkan kementerian bagi merancakkan lagi usaha memelihara sumber akuatik di negara ini.

“Usaha (labuh tukun) ini merupakan satu ‘jawapan’ terhadap aduan nelayan berhubung masalah pencerobohan bot nelayan asing di kawasan perairan negara…tempat nelayan tempatan mencari rezeki.

“Mereka menggunakan pukat ganding bagi mengaut hasil laut sehingga menyebabkan habitat seperti anak-anak ikan serta karang turut tercabut dan diangkat bersama pukat gergasi mereka,” katanya selepas Program Jalinan Mesra Perdana Nelayan dan Penternak Akuakultur di Pejabat Perikanan Daerah Pekan hari ini.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif.

Pada majlis itu, 200 nelayan dari kawasan Pekan, Kuantan dan Rompin menerima bantuan berbentuk alat pemadam api, lampu suluh serta jaket keselamatan.

Mengulas lanjut, Azahari berkata pemantauan dilakukan terhadap tukun-tukun yang dilabuhkan pada 2007 itu mendapati beberapa organisma hidup menumpang di tukun turuan tersebut.

“Ikan juga bertelur dan hidup tertumpu di kawasan tukun yang dilabuhkan antaranya ikan kerapu, merah, jenahak dan selar kuning.

“Ia menjadi antara titik tumpu nelayan mencari rezeki selain kaki pancing yang datang memancing di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata kawasan tukun juga akan memulihkan dan melindungi habitat marin yang musnah akibat aktiviti perikanan dan bencana alam. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Punya Terdesak Sampai Keluarkan Gambar Rosmah”

“PH Punya Terdesak Sampai Keluarkan Gambar Rosmah”

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) dalam keadaan sangat terdesak hingga tergamak menjadikan gambar isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Jangan Undi Calon Sokong Rumah Ibadat Haram – Firdaus Wong

Jangan Undi Calon Sokong Rumah Ibadat Haram – Firdaus Wong

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pendakwah dan penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menggesa rakyat Johor tidak mengundi calon yang menyokong pencerobohan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd