• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan Asing Bantu Kukuh Ekonomi Negara – PM

oleh AK-47
26/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerjasama antara syarikat luar dengan Malaysia akan mengembangkan peluang pekerjaan selain menyumbang kepada ekonomi tempatan di negara ini.

“Kerjasama sebegini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, menerajui pemindahan “know-how”, meningkatkan kepakaran, keberkesanan dan bakat yang akan meningkatkan taraf hidup dan pendapatan rakyat,” kata Perdana Menteri.

Bagaimanapun, menurut Najib, tindakan itu sering disalah anggap oleh pembangkang yang cuba memesongkan fikiran rakyat dengan mengatakan kerajaan mahu menjual negara kepada orang luar.

“Tetapi anda tidak akan mendengar semua ini daripada pembangkang. Setiap kali ada syarikat asing mahu datang ke Malaysia, mereka akan mendakwa kerajaan mahu menjual negara sedangkan kami tidak pernah berbuat demikian. Mereka cuba mengelirukan rakyat.

“Kami hanya mahu cuba membantu dan rakyat membangunkan negara,” katanya ketika berucap di majlis pemeteraian perjanjian strategik di antara Naza Group dengan Groupe PSA di sini hari ini.

Pada majlis itu, Naza Group diwakili Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, SM Nasarudin SM Nasimuddin, manakala Groupe PSA pula diwakili Naib Presiden Eksekutif (China dan Asia Tenggara), Carlos Gomes.

Menurut Najib, kerjasama antara Naza Group dengan Groupe PSA itu akan menghasilkan transformasi positif kepada industri automotif negara.

Groupe PSA adalah pengeluar kereta kedua terbesar Eropah dan mempunyai operasi di 160 negara di seluruh dunia serta memiliki 170,000 pekerja.

Dalam perjanjian itu, Naza dan Groupe PSA secara bersama bakal mengeluarkan kenderaan jenama Peugeot, DS, OPEC, Vauxhall dan Citroen untuk pasaran Malaysia dan ASEAN. – MYNEWSHUB.CC

Tags: automotifDatuk Seri Najib Tun RazakEkonomiNazapelaburan asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd