• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Akar Umbi Perlu Kerja Keras Menang Calon BN

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Semua jentera parti di peringkat akar umbi diminta bekerja keras untuk memenangkan calon Barisan Nasional yang terpilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) tanpa mengira parti komponen mana sekalipun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam keadaan kritikal pada masa kini, perkara itu perlu menjadi pegangan anggota parti untuk memastikan BN terus memperoleh mandat untuk memerintah negara dengan mencapai kemenangan besar dalam PRU14 itu nanti.

“Di waktu kritikal ini, setiap pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung khasnya juga perlu menjadi mata dan telinga kepada kerajaan negeri dan pusat selain memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Bukannya bertindak menambah minyak, menyemarakkan api kebencian sebaliknya biarlah kita menjadi orang yang membawa baldi atau timba yang penuh memadam api di dalam sekam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa Infra UniKL Zon Timur di Bukit Gambang Resort di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam majlis itu, seramai 600 peserta menerima sijil program berkenaan yang diperkenalkan untuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), selain JKKK Persekutuan (JKKKP) serta JKKK Orang Asli bagi mempertingkatkan kewibawaan mereka dalam memimpin dan mengurus kampung.

Ahmad Zahid berkata dalam pusingan terakhir sebelum menghadapi PRU14, setiap pemimpin JKKK juga perlu memberikan khidmat yang terbaik selain menjaga tutur kata dan perlakuan untuk mengelakkan sebarang perkara yang boleh membangkitkan kebencian rakyat.

“Ini adalah pusingan yang terakhir sepanjang lima tahun perjalanan politik dan dalam pusingan ini kita harus mempunyai nafas untuk terus sampai garisan penamat.

“Apa maknanya menjadi mata dan telinga jika sekiranya mata semakin kabur dan telinga semakin kurang pendengaran, itu bermakna kita tidak sensitif dengan keadaan dan perkembangan di persekitaran,” katanya.

Beliau berkata dalam PRU14 nanti BN perlu terus mengekalkan kemenangan kerana majoriti rakyat masih mengharapkan perkara tersebut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd