• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Mesra Rakyat Alternatif Beli Barang Asas

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – Rata-rata penduduk Hulu Terengganu berpuas hati dengan harga barangan yang ditawarkan di Jualan Mesra Rakyat 2018 di Dataran Kuala Ping, dekat sini hari ini.

Seorang peniaga sarapan pagi di sekitar Kuala Telemong, Ahmad Suhaimi Hadam, 56, berkata kewujudan pasar ini amat membantu beliau dalam mengurangkan kos perbelanjaan membeli barangan mentah.

“Memang lebih murah dan berbaloi, banyak barang asas kedai makan yang saya boleh beli di sini. Biasa saya habiskan hampir RM500 untuk modal barang kering dan basah seminggu…tapi hari ini lebih kurang RM200 sahaja dibelanjakan, terutama untuk membeli keperluan seperti ikan bilis, beras dan gula.

“Kebiasaannya harga beras 10 kilogram berharga RM25 satu pek tapi hari ini kita dapat harga RM23. Ikan bilis pula hanya RM15 satu kilogram berbanding harga pasaran lebih kurang RM20,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong Datuk Rozi Mamat dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu Saharuddin Mohd Kia.

Seorang pengunjung, Shidah Abu Bakar, 47, merasakan program seperti ini harus diteruskan terutama bagi membantu rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang makin tinggi.

“Walaupun ia tidak mungkin dapat menurunkan keseluruhan kos perbelanjaan tapi ia sudah cukup untuk jimat sedikit sebanyak,” katanya.

Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata Jualan Mesra Rakyat ini akan diperluaskan ke seluruh daerah Hulu Terengganu termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir dan Ajil.

Beliau berkata harga yang ditawarkan memang lebih murah jika dibandingkan dengan harga di pasar raya.

“Kita buat lebih murah dari pasar raya agar pihak mereka mungkin mengkaji kembali harga yang diletakkan, sekali gus mereka turunkan harga terutama bagi barang-barang keperluan harian.

“Hari ini kita sudah bantu penduduk mendapatkan barang keperluan dan tidak perlu ke bandar Kuala Berang yang jaraknya lebih kurang 20 kilometer jauh dari kawasan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: jualan murahrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Data menunjukkan hampir 90 peratus rakyat Malaysia hanya menggunakan secara purata 100 liter petrol sebulan. Ia bermakna...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd