• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Rasmi Masjid Bandar Seri Alam

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkenan merasmikan Masjid Bandar Seri Alam, di Jalan Rimbun 16, Bandar Seri Alam, Masai, di sini.

Tunku Ismail yang mewakili Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar tiba di perkarangan masjid pada kira-kira 1 tengah hari dengan disambut Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani.

Tunku Ismail kemudian menunaikan solat Jumaat di masjid itu bersama kira-kira 1,000 jemaah, diimamkan oleh Imam 1 Masjid Bandar Seri Alam, Md Yazid Derus.

Baginda turut beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah yang hadir.

Masjid Bandar Seri Alam yang dibina pada 2016 dengan keluasan 29,724 meter persegi itu mampu memuatkan 1,750 jemaah dalam satu masa.

Berkonsepkan moden minimalis, masjid itu mula digunakan untuk solat Jumaat pada 23 Feb tahun lepas. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sing Phing Tak Suka Orang Menipu, Geng Sana Fitnah Macam-Macam”

“Sing Phing Tak Suka Orang Menipu, Geng Sana Fitnah Macam-Macam”

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - "Sing Phing tak suka orang menipu. Geng sebelah sana taruh fitnah macam-macam" Demikian ulasan aktivis politik dari...

“Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama” – Kata UMNO Pekan

“Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama” – Kata UMNO Pekan

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Rahimi Abdul Samad menyifatkan pencapaian yang dicanangkan kerajaan semasa ibarat peribahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd