• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Cuba Bunuh Ibu Bapa Akhirnya Tertangkap Jua

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CUBAAN seorang anak untuk membunuh anggota keluarganya berjaya dipatahkan oleh polis Rusia setelah mereka meminta keluarganya berpura-pura mati.

Selepas melihat anggota keluarganya dalam keadaan berlumuran darah, lelaki itu percaya bahawa pembunuh upahan yang dibayarnya itu telah membunuh ibu bapanya yang kaya dan adik perempuannya yang berusia 10 tahun.

Dia merancang pembunuhan itu untuk merampas harta keluarganya.

Menurut polis, pegawai penyiasat berjaya membongkarkan plot pembunuhan itu dan salah seorang daripada pegawai polis itu telah menyamar sebagai pembunuh upahan.

Dia kemudian menghantar gambar palsu yang memperlihatkan seolah-olah keluarga lelaki itu telah dibunuh.

Lelaki yang berusia 22 tahun itu juga dilaporkan telah memberikan maklumat lanjut mengenai ibu bapanya dan bagaimana cara untuk memecah masuk ke dalam rumahnya.

Manakala ibu bapanya yang sangat kecewa dengan anak mereka, bersetuju untuk bekerjasama dengan polis bagi memerangkap lelaki itu, termasuk membasahi diri mereka dengan darah palsu.

Selepas melihat gambar yang ditunjukkan oleh `pembunuh upahan’ itu, lelaki berkenaan telah membayar sebanyak £38,000 seperti yang dijanjikan. Sebaik sahaja wang itu bertukar tangan, polis terus menangkapnya.

“Dia mahu membunuh ibu bapanya kerana mereka tidak memberinya wang. Dia menggunakan internet untuk mengetahui bagaimana cara untuk melakukan pembunuhan.

“Lelaki itu merancang memasukkan pil ke dalam cerek untuk meracun keluarganya namun bapanya mencurigai air berkenaan.

“Dia kemudiannya merancang memecahkan thermometer dalam kereta ibu bapanya supaya mereka terkena racun merkuri.

“Lelaki ini memang tiada hati perut. Semasa disoal siasat dia memberitahu dia telah merancang pembunuhan itu sejak berbulan-bulan,’’ kata polis.

Menyedihkan kerana ibu bapanya tidak sangka anak mereka sanggup dan boleh melakukan perbuatan itu ke atas mereka hanya semata-mata kerana harta. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: anakbunuhRusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd