• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Lelaki Kejam Campak Anjing Jadi Habuan Buaya

oleh Haris
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEKEJAMAN terhadap haiwan merupakan antara isu yang sering terjadi serta masih belum dapat dibendung di dalam dunia ini.

Masih ada segelintir manusia yang tidak berperikemanusiaan mengambil tindakan melakukan keganasan terhadap haiwan yang sudah banyak kali dilaporkan sebelum ini.

Terbaharu, satu rakaman yang dimuat naik ke laman perkongsian video LiveLeak tular memaparkan seorang lelaki ‘binatang’ bertindak mencampak anak anjing ke dalam air untuk dimakan buaya.

Rakaman itu dimulai dengan lelaki tersebut mengeluarkan anak anjing itu dari sebuah beg sebelum mula menghayun haiwan tidak bersalah itu dan mencampaknya di dalam air.

Jelas sekali tiada apa yang mampu dilakukan anak anjing tersebut dan sejurus dicampak ke dalam air, haiwan itu dilihat terkapai-kapai sebelum dibaham sang buaya.

Lapor Metro.co.uk kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Indonesia dan selepas dikongsikan ke laman Live Leak berkenaan kini mencatat lebih 90,000 tontonan dalam masa dua hari ia dimuat naik.

Selepas mencampak anjing tersebut ke dalam air, hilai tawa oleh rakan-rakan lelaki tidak berperikemanusiaan itu juga boleh didengari seakan-akan terhibur dengan aksi tersebut.

Kekejaman terhadap haiwan ini bukanlah kali pertama berlaku di Indonesia, sebelum ini juga, beberapa video menyaksikan haiwan tersebut dipukul berkali-kali sehingga mati serta ada yang dibakar hidup-hidup.

Kebanyakan anjing yang diseksa dan dibunuh di Indonesia ini adalah untuk dimakan dan beroperasi di wilayah Sulawesi Utara.

Seperti yang didedahkan aktivis hak asasi haiwan, bagi memenuhi permintaan di seluruh Asia Tenggara, sembilan daripada 10 haiwan yang dibunuh untuk dimakan ini merupakan haiwan peliharaan yanag dicuri daripada tuannya.

Malah, persatuan Bebas Daging Anjing Indonesia (DMFI) juga sebelum ini mengeluarkan video kekejaman terhadap anjing dengan mendedahkan terdapat lebih 200 pasar di Indonesia yang menjual anjing hidup untuk dimakan.

Walau berapa banyak pun inisiatif diambil oleh aktivis haiwan serta pihak berwajib untuk elak perkara ini, ia masih dilakukan segelintir manusia yang jelas tiada belas kasihan terhadap haiwan tidak bersalah ini. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: anak anjingBuayaIndonesia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd