• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: “Angkut Motosikal Di Bahu? Bisa Mudah Aja Dong!”

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

ORANGNYA bertubuh kurus, namun lelaki ini digelar lelaki terkuat di Bali selepas gambar dan videonya memikul motosikal di bahu menjadi tular di laman sosial.

Nyoman Kalor, 45, yang memikul motosikal sambil berjalan pantas sehingga ke feri bukan sahaja mendapat liputan luas media tempatan malah turut menjadi sensasi di seluruh dunia.

Lapor Tribunnews, bapa kepada tiga anak itu mencari rezeki sebagai pengangkat berang di kawasan Sanur sejak 10 tahun lalu dan mampu mengangkat bebanan lebih 100 kilogram.

“Pada awalnya saya hanya mencuba mengangkat motosikal tetapi saya mula belajar untuk menjaga keseimbangan beban motosikal dan melihat situasi ombak.

“Keseimbangan dan keadaan ombak adalah kunci utama untuk mengangkat beban yang berat itu,” katanya yang dipetik portal berkenaan.

Menurutnya, selepas beberapa tahun akhirnya dia sudah biasa mengangkat motosikal dan dia adalah satu-satunya tukang angkat barang di Bali yang mampu berbuat demikian.

Nyoman sekurang-kurangnya akan mengangkat dua hingga empat motosikal dalam sehari.

Dalam pada itu, Nyoman memberitahu, dia tidak menetapkan bayaran tetapi biasanya pelanggan membayar Rp50,000 (RM14) hingga Rp100,000 (RM29) untuk setiap motosikal yang diangkatnya.

“Saya tidak mahu menetapkan harga atau meminta bayaran yang lebih, kasihan mereka,” katanya.

Biarpun pekerjaannya itu dilihat sukar, dia dikatakan mampu hidup selesa dan tidak mempunyai masalah untuk membiayai pelajaran tiga orang anaknya termasuk seorang yang menuntut di universiti. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BadangIndonesiakuat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Penyanyi Dakwa Dianiaya, Mahu Saman Farid Kamil

Next Post

Nabil Kesal Netizen Kritik Cara Pengacaraan

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

Nabil Kesal Netizen Kritik Cara Pengacaraan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd