• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasaran Utama Azizulhasni Pertahan Juara Dunia

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mempertahankan gelaran juara keirin dunia pada Kejohanan Dunia UCI 2018 di Apeldoorn, Belanda penghujung bulan ini adalah sasaran utama bagi jaguh berbasikal trek kebangsaan, Mohd Azizulhasni Awang pada tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata meskipun Mohd Azizulhasni hanya meraih satu pingat perak dan satu gangsa menerusi acara pecut dan keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2018 di Velodrom Nasional, Nilai namun kejohanan itu bukan sasaran utama pelumba yang mendapat jolokan ‘The Pocket Rocketman’ untuk tahun ini.

Khairy berkata untuk mempertahankan gelaran juara dunia keirin bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia tidak hanya menguji kepantasan pelumba tetapi juga melibatkan strategi ketika perlumbaan.

“Saya percaya beliau kini berada dalam keadaan fizikal yang terbaik dan kini hanya tinggal bagaimana dia dapat membaca perlumbaan tersebut dan membuat pecutan terakhir pada masa strategik,” katanya kepada media selepas melancarkan inisiatif ‘Jom Bertransaksi Tanpa Tunai @ KBS’ di sini hari ini.

Mengulas kegagalan pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa menaiki podium di ATC, Khairy berkata beliau telah memaklumkan kepada jurulatihnya, John Beasley untuk memberi lebih penumpuan pada prestasi atlet itu.

“Beliau (Fatehah) pada saya agak sedikit mengecewakan kerana saya rasa beliau pun tahu prestasi yang ditunjukkan tidaklah seperti yang diharapkan,”katanya.

Dalam pada itu beliau memuji peningkatan prestasi pada pelumba Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berjaya memasuki peringkat akhir di kejohanan yang sama.

“Saya harap beliau akan dapat menghampiri prestasi seperti Mohd Azizulhasni sebab kita perlu sentiasa membangunkan generasi pelapis untuk sukan ini,”katanya.

Secara keseluruhan, Malaysia meraih dua pingat emas, tiga pingat perak dan empat pingat gangsa pada kejohanan ATC itu. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MP Perikatan Nasional Terkejut Abdul Hadi Muncul Di Parlimen – Ismail Salleh

MP Perikatan Nasional Terkejut Abdul Hadi Muncul Di Parlimen – Ismail Salleh

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh memuat naik satu hantaran di media sosial yang menyentuh...

PMX Anwar Sangat Sibuk Tetap Hadir Syarahan Ulama Besar Turkiye – Menteri Agama

PMX Anwar Sangat Sibuk Tetap Hadir Syarahan Ulama Besar Turkiye – Menteri Agama

13/10/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap meluangkan masa menghadiri syarahan ulama besar dari Turkiye, Syeikh Dr. Muhammad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd