• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Sangat Sibuk Tetap Hadir Syarahan Ulama Besar Turkiye – Menteri Agama

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Sangat Sibuk Tetap Hadir Syarahan Ulama Besar Turkiye – Menteri Agama
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap meluangkan masa menghadiri syarahan ulama besar dari Turkiye, Syeikh Dr. Muhammad Fadhil al-Jilani al-Hasani meskipun mempunyai jadual tugas yang sangat sibuk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, Anwar bukan sahaja hadir, malah sempat mendengar syarahan serta menyantuni ulama berkenaan dan tetamu yang menghadiri Majlis Ilmu Madani di Dewan Protokol, Kompleks Seri Perdana.

“Walaupun sangat sibuk, PMX tetap sempat singgah menghadiri, mendengar dan menyantuni Syeikh Dr. Muhammad Fadhil Al-Jilani Al-Hasani dan semua tetamu,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut Zulkifli, majlis berkenaan menampilkan Syeikh Dr. Muhammad Fadhil yang menyampaikan syarahan Muqaddimah Kitab Tafsir Surah Yusuf karangan Imam al-Ghazali.

Beliau menjelaskan, tokoh agama dari Turkiye itu merupakan ulama besar yang juga keturunan cicit ke-25 Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.

Katanya, lebih 120 peserta terdiri daripada wakil pelbagai agensi agama dan badan masyarakat madani (CSO) turut menghadiri majlis ilmu tersebut.

Dalam pada itu, Zulkifli turut melahirkan rasa besar hati apabila menerima hadiah berupa sebuah buku karya ulama berkenaan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.

“Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. Terus belajar dan belajar. Fastabiqul khairat!” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Tags: anwarMenteri AgamaPMXSangat SibukSyarahanTetap HadirTurkiyeUlama Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Minta Pemimpin Ambil Iktibar Daripada Kisah Para Anbiya

PMX Anwar Minta Pemimpin Ambil Iktibar Daripada Kisah Para Anbiya

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pemimpin di semua peringkat mengambil iktibar daripada kisah para anbiya...

Zainul Rijal Persoal Kenyataan Tegas PMX Anwar Mengenai Pencerobohan Tanah, Mana Tindakan Susulan?

Zainul Rijal Persoal Kenyataan Tegas PMX Anwar Mengenai Pencerobohan Tanah, Mana Tindakan Susulan?

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mempersoalkan tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd