• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usahawan Hadapi Kekurangan Pekerja Asing Dari India

oleh AK-47
20/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Usahawan dan Perniagaan India Malaysia hari ini, mendesak kerajaan membantu menyelesaikan masalah kekurangan pekerja asing dari India yang telah berlarutan sejak tiga tahun lepas.

Naib Presiden MIC Senator Datuk T. Mohan berkata rungutan itu disuarakan antaranya oleh pengusaha yang terlibat dengan sektor restoran, tekstil, barangan kemas, bahan lusuh serta pertanian.

Beliau berkata pelbagai usaha telah dijalankan untuk menarik minat pekerja tempatan termasuk menyediakan kursus dan menawarkan upah lumayan namun masih tidak mendapat sambutan.

Lebih menyedihkan lagi, katanya, terdapat pengusaha terpaksa menutup perniagaan mereka kerana kekurangan pekerja.

“Kami akan hantar memorandum berhubung isu ini kepada perdana menteri pada minggu depan dan berharap kerajaan dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin,” katanya selepas menghadiri taklimat hala tuju usahawan India Malaysia dan masalah kekurangan pekerja asing.

Mohan berkata antara kekangan yang terpaksa dihadapi pengusaha India adalah keengganan pekerja tempatan bekerja lebih masa, suasana kerja yang tidak kondusif selain kurang kemahiran.

Bagi sektor tekstil misalnya, kemahiran mengenai kualiti kain pastinya lebih memihak kepada pekerja asing dari India kerana negara itu merupakan antara pengeluar utama produk tersebut.

“Sektor loading dan unloading pula tiada pekerja tempatan yang minat bekerja termasuk juga dalam industri besi buruk,” katanya.

Mohan berkata, kira-kira 40,000 pekerja asing dari India diperlukan untuk tempoh 10 tahun akan datang bagi membolehkan pengusaha meneruskan perniagaan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa kecewa apabila masih terdapat pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd