• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Hubungan Sufian, Elfira Loy Jadi Tanda Tanya

oleh
16/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

STATUS hubungan di antara penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy kini terus menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen apabila pertunangan mereka dikatakan sudah berakhir.

Memetik laporan mStar Online, pasangan itu dikatakan sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan perkara berkenaan.

Pun begitu, usaha untuk mendapatkan kesahihan mengenai menemui kegagalan apabila portal tersebut melaporkan pelantun lagu Terakhir itu meminta ruang dan dan tidak mahu diganggu untuk sementara waktu.

Pengurus Sufian iaitu Mahadhir Mohamad memaklumkan bahawa penyanyi itu turut menukar nombor telefon peribadi atas sebab-sebab tersebut.

“Dia tukar nombor peribadi dan tak mahu diganggu,” jawab Mahadhir ringkas.

Sementara itu, Elfira pula difahamkan kini dikatakan sedang berada di Amerika Syarikat bersama keluarganya.

Status pertunangan Sufian dan Elfira mula menjadi buah mulut netizen apabila tindakan Sufian memuat naik foto kapsyen yang sedih di Instastory, baru-baru ini.

Keadaan itu secara langsung mula membuatkan para peminat beranggapan ia ditujukan kepada Elfira.

Malah, terdapat juga segelintir netizen yang meninggalkan komen di Facebook sebuah portal berita dengan menyatakan hubungan pasangan itu telah berakhir sekitar seminggu lalu.

Namun, perkara ini masih belum dapat dipastikan lagi akan kesahihannya disebabkan tiada sebarang kenyataan lanjut daripada tuan punya badan.

Apapun, sama-samalah kita doakan agar hubungan pasangan ini sentiasa baik-baik sahaja. Insha-Allah. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Elfira LoySufian Suhaimi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elfira Loy Kongsi Nama, Wajah Anak

02/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu...

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang. Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd