Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Warga Sri Lanka Didakwa...

IPOH - Seorang lelaki warga Sri Lanka dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini...

Johnny Depp Curi Masa...

PELAKON Johnny Depp mencuri masa sebentar dan lari ke sebuah hospital di Brisbane,...

Pemandu Bas Rapid Penang...

GEORGETOWN - Seorang pemandu Bas Rapid Penang Sdn Bhd (Rapid Penang) parah ditikam...

PRU14: PAS Sasar Tanding...

CYBERJAYA - PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan...

Elfira Loy Kongsi Nama, Wajah Anak

KUALA LUMPUR – Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu kepada peminat.

Menerusi Instagramnya sebentar tadi, Elfira, 25, mengumumkan bayi lelaki yang dilahirkan pada pukul 5.40 petang semalam sebagai Muhamad Rayyan Khalaf.

“Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris. Dilahirkan semalam, 1 Oktober pada pukul 5.40 petang secara normal.

“Alhamdulillah syukur kerana bayi kami dilahirkan dengan sihat. Dunia kami rasa sempurna dan hati kami dipenuhi kasih sayang tidak terbanding,” tulis Elfira.

Dalam perkongsian itu juga, Elfira yang memuat naik gambar wajah bayi lelakinya turut mengimbau pengalaman kali pertama melalui proses kelahiran dan bergelar ibu.


“Semalam tidur bagai dibuai mimpi. Setiap minit di dalam bilik pembedahan, setiap kesakitan dan momen saya lalui diulang kembali.

“Ya Allah, seperti sukar dipercayai. Terima kasih Ya Allah, keluarga, sahabat dan semua yang mendoakan kami,” ujarnya. – K! ONLINE

Kategori